Utusan Borneo (Sabah)

50 peserta ikuti Kursus Keusahawan­an Digital Mara

-

LABUAN: Seramai 50 peserta sedang mengikuti Kursus Keusahawan­an Digital di Makmal Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL) Aras 9, Bangunan Menara UMSKAL yang bermula Jumaat hingga Ahad ini.

Kursus tiga hari itu dikendalik­an Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Keusahawan­an (Erdec) UMS dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan FKI UMSKAL.

Menurut Pegawai Mara Labuan Mohd Azhar Mohamed, peserta itu terdiri daripada pelajar Institusi Pendidikan Mara (IPM) dan usahawan yang menjalanka­n pelbagai jenis perniagaan termasuk food truck, jahitan dan produk kecantikan.

Katanya, kursus itu bertujuan untuk memperkena­lkan perniagaan digital kepada peserta untuk mengembang­kan lagi bidang keusahawan­an yang mereka ceburi.

Selain itu, beliau mahu peserta menggunaka­n facebook media sosial sebagai medium menjalanka­n perniagaan.

“Kami berharap peserta dapat menceburka­n diri dalam digital ekonomi,”katanya ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan kepada peserta kursus.

Kursus itu dikendalik­an Pengarah Erdec UMS Dr Salmah Topimin yang dibantu tiga fasilatato­r yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Perniagaan Ekonomi dan Perakaunan (FPEP), Dr Noor Fzlinda Fabeil dan dua pensyarah FKI, Mohd Yuszren Yusak dan Nona Masnie Haji Mohd Nistah.

Azhar berkata kursus yang julung kalinya diadakan di Wilayah Persekutua­n Labuan diharap memberi manfaat kepada peserta yang terdiri daripada pelajar dan usahawan tempatan.

“Peserta perlu memanfaatk­an ilmu yang diperolehi daripada penceramah yang berpengala­man dalam bidang digital untuk mengembang­kan lagi perniagaan yang mereka ceburi,”katanya.

 ??  ?? AZHAR (empat kiri) dan Dr Salmah (lima kiri) bersama peserta Kursus Keusahawan­an Digital yang diadakan di UMS Kampus Antarabang­sa Labuan pada 5 – 7 Oktober 2018.
AZHAR (empat kiri) dan Dr Salmah (lima kiri) bersama peserta Kursus Keusahawan­an Digital yang diadakan di UMS Kampus Antarabang­sa Labuan pada 5 – 7 Oktober 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia