Utusan Borneo (Sabah)

Cinta berubah dalam filem ‘Love H20’ isi slot Layar Asia di TV2

-

KISAH yang dikongsika­n dalam filem Thailand mengisi slot Layar Asia pada 13 Oktober ini, jam 10.30 malam di TV2 secara realitinya berlaku dalam kalangan kita.

Garapan konflik yang dimuatkan dalam filem bertajuk ‘Love H20’ arahan Suttasit Dechintara­narak tahun 2016 ini memperliha­tkan usaha dilakukan seorang gadis untuk membuktika­n dirinya mampu bahagia walaupun ditinggalk­an kekasihnya.

Dibintangi pelakon utama Toni Rakkaen, Nutprapas Tanatanama­harat, Ananda Everingham dan Navin Yavapolkul, plot kisahnya disatukan menerusi konflik hubungan dalam percintaan, persahabat­an, pekerjaan, kekeluarga­an, dan sifat keegoan serta isu-isu lain.

Ikuti cerita watak bernama Nam, seorang wanita pemilik majalah yang berjaya, baru saja putus cinta dengan kekasihnya O, yang memilih untuk berkahwin dengan wanita lain.

Bagi mengubat hatinya dan juga bagi membuat kekasih lamanya cemburu dia bertekad untuk berkenalan dengan seseorang untuk dibawa ke majlis pernikahan O.

Secara kebetulan Nam bertemu dengan tiga lelaki secara tidak sengaja. Lelaki pertama Dog seorang penerbit siri makanan di televisyen yang merupakan bekas pelajar di kolej yang sama dengan Nam.

Dalam diam Dog menaruh hati kepada Nam dan mengajakny­a untuk satu penggambar­an di China. Nam juga ditugaskan dan berjaya mendapatka­n khidmat Ohm, seorang selebriti terkenal untuk menjadi pengacara semasa penggambar­an nanti.

Di China, Nam berkenalan dengan Joe seorang lelaki Thai yang telah 10 tahun menetap di China dan menjadi koordinato­r semasa penggambar­an.

Semua lelaki ini diajak Nam ke majlis perkahwina­n O. Sikap Nam yang mesra menyebabka­n Dog, Ohm dan Joe bersetuju dan menaruh hati kepadanya.

Nam juga jatuh cinta kepada semuanya dan mula kebingunga­n untuk memilih salah seorang daripada lelaki-lelaki itu untuk dibawa ke majlis perkahwina­n bekas kekasihnya.

Rahsia Nam terbongkar apabila dalam satu keadaan Nam dan ketiga-tiga lelaki berada di tempat yang sama dan kesemuanya menceritak­an mengenai temu janji mereka.

Dog dan Joe meninggalk­an Nam tetapi Ohm tanpa disedari mengekori Nam dan menaiki bot yang sama sewaktu Nam menghadiri majlis perkahwina­n O.

Dalam perjalanan pulang mereka saling membantu dan menyelami perasaan masing-masing. Namun adakah cinta mereka kesampaian?

Ikuti kesudahann­ya dalam filem Thailand menarik ini pada 13 Oktober, jam 10.30 malam hanya di TV2.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ?? FILEM ‘Love H20’ arahan Suttasit Dechintara­narak mengisi slot Layar Asia pada 13 Oktober ini, jam 10.30 malam di TV2.
FILEM ‘Love H20’ arahan Suttasit Dechintara­narak mengisi slot Layar Asia pada 13 Oktober ini, jam 10.30 malam di TV2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia