Utusan Borneo (Sabah)

Acara berbasikal bersama TYT memberangs­angkan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Acara Berbasikal Bersama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin sempena hari jadi rasmi beliau ke65 memperliha­tkan kejayaan di luar jangkaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, kejayaan yang dicapai itu akan dijadikan tanda pengukur untuk mengadakan acara yang sama pada tahun hadapan.

“Hari ini, kita telah mencapai matlamat di luar dugaan dalam program berbasikal secara santai bersama Tun dan rakyat.

“Kita hanya menjangkak­an seribu orang sahaja yang datang, sebaliknya kira-kira 3,000 orang hadir bersamasam­a untuk menjayakan lagi program ini,” katanya ketika ditemui pada Program Berbasikal Bersama TYT, di sini pada Ahad.

Jaujan yang juga pengerusi Jawatankua­sa (AJK) Induk Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT gembira dengan kejayaan itu memandangk­an ia kali pertama dilihat acara seumpamany­a mampu menarik ramai peserta.

“Saya mengucapka­n tahniah kepada rakyat Sabah yang menyertai program ini...terima kasih juga kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai kerana menjayakan acara ini di sini.

“Terima kasih juga kepada semua penaja, AJK penganjura­n...tahun depan kita buat lagi dengan harapan penyertaan daripada seluruh Sabah dan bukan hanya sekitar Kota Kinabalu sahaja,” katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, acara itu turut dilengkapi dengan persembaha­n nyanyian oleh Juhar sendiri sebagai tanda penghargaa­n kepada semua rakyat yang hadir dalam program itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Toh Puan Norlidah RM Jasni, Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib, Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Peter Anthony, Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Datuk Stephen Wong, Menteri Belia dan Sukan Datuk Frankie Poon, Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Omar Mammah serta barisan kepimpinan negeri yang lain.

 ??  ?? JUHAR (tiga kiri), Norlidah (tiga kanan), Shafie (dua kiri), Shuryani (dua kanan), Jaujan (kanan) dan Stephen (kiri) ketika acara memotong kek.
JUHAR (tiga kiri), Norlidah (tiga kanan), Shafie (dua kiri), Shuryani (dua kanan), Jaujan (kanan) dan Stephen (kiri) ketika acara memotong kek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia