Utusan Borneo (Sabah)

Bot karam, seorang pemancing maut

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

LABUAN: Hasrat dua rakan untuk memancing di perairan Semarang dekat sini berakhir tragedi selepas seorang daripada mereka meninggal dunia akibat bot karam.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Zon Labuan Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Sibaru Apui, 54.

Menurutnya, mangsa dan rakannya Nasir Garar, 50, keluar memancing menggunaka­n sebuah bot pada Jumaat lepas.

Bagaimanap­un jelasnya, kira-kira jam 9 malam, bot mangsa mengalami kebocoran dan keduaduany­a sempat memakai jaket keselamata­n sebelum bertindak meninggalk­an bot terbabit.

“Selepas sejam, kedua-dua pemancing terpisah akibat cuaca buruk dan Nasir dilaporkan selamat selepas ditemukan oleh bot nelayan dan dihantar ke jeti di Kuala Penyu pada malam Sabtu.

“Maritim Zon Labuan melancarka­n Operasi Mencari dan Menyelamat (Ops Carilamat) bersama Pasukan Polis Marin (PPM) Labuan selepas abang mangsa Sigar Apui, 57, membuat laporan polis sekitar jam 7.25 malam Sabtu.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan PPM kirakira jam 11 pagi Ahad berhampira­n lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Katanya, mayat berkenaan kemudianny­a dibawa ke Jeti APMM Labuan sebelum dihantar ke Hospital Labuan untuk proses pengecaman mayat oleh keluarga mangsa.

Che Adnan berkata, pihaknya mengambil berat isu keselamata­n di laut khususnya melibatkan pemancing bot kecil dan bot-bot nelayan.

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai membuat persiapan sewajarnya sebelum keluar ke laut berikutan cuaca buruk yang tidak menentu.

 ??  ?? MAYAT mangsa yang tiba di jeti APMM Labuan diusung untuk dibawa ke Hospital Labuan.
MAYAT mangsa yang tiba di jeti APMM Labuan diusung untuk dibawa ke Hospital Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia