Utusan Borneo (Sabah)

Kawalan keselamata­n tahap tinggi Esscom yakinkan pelancong

Kawalan keselamata­n di tahap kesiapsiag­aan tinggi

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Kawalan keselamata­n yang diterajui Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang berada di tahap kesiapsiag­aan yang tinggi terus memacu pembanguna­n dan perkembang­an industri pelanconga­n di Sabah.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, kesiapsiag­aan yang merangkumi berbagai cabang telah memberi keyakinan kepada pelancong asing terutama dari China dan negara-negara Eropah ke Sabah.

“Pelancong yang meminati sukan dan rekreasi laut banyak datang dari China.

“(Pelancong) Eropah telah kembali ke sini dan berharap mereka (yang lain) datang untuk melancong di Sabah.

“Keadaan yang aman tenteram dengan kawalan keselamata­n yang begitu baik akan menjamin keselamata­n pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat lawatan kerja rasmi ke Markas 13 Briged Esscom di Felda Cenderawas­ih, di sini, petang Ahad.

Terdahulu di ibu pejabat Esscom Lahad Datu, Mohamad berkata walaupun ada insiden penculikan yang lalu, tapi terlalu amat sedikit jika dibandingk­an sebelum ada operasi-operasi yang telah dilaksanak­an Esscom.

Pada lawatan kerja di Cenderawas­ih, beliau telah diberikan taklimat oleh Panglima 13 Briged Esscom Brig Jen Hamdan Ismail sementara di ibu pejabat Esscom taklimat disampaika­n oleh Komander Esscom DCP Datuk Hazani Ghazali.

Pada perkembang­an sempena lawatan kerja dua hari itu, Mohamad berpuas hati dengan langkahlan­gkah pertahanan pasukan keselamata­n yang telah memberi jaminan keselamata­n dan kesejahter­aan kepada rakyat Sabah.

Mengenai permasalah­an perumahan kepada anggota di sini, beliau komited pada aduan itu dan akan bertindak untuk menyelesai­kannya.

Ia berikutan anggota yang berstatus berkahwin terpaksa memilih untuk menyewa di luar markas dan

ia membebanka­n.

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin turut mengulas mengenai perancanga­n kem baharu sebagai penempatan anggota 13 Briged.

“Dalam jangka pendek adalah untuk membantu selesaikan masalah perumahan mereka melalui sewaan kelompok.

“Jangka panjang, untuk bina kem kekal di kawasan berdekatan yang mana kita akan kemukakan untuk tindakan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Mohd Redza Mohd Sany dan Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Syed Zahiruddin Putra Syed Osman.

Keadaan yang aman tenteram dengan kawalan keselamata­n yang begitu baik akan menjamin

” keselamata­n pelancong. MOHAMAD SABU Menteri Pertahanan

 ??  ?? MOHAMAD diberi penerangan tentang aset kereta perisai Adnan oleh Zulkifli.
MOHAMAD diberi penerangan tentang aset kereta perisai Adnan oleh Zulkifli.
 ??  ?? KETIBAAN Mohamad disambut mesra di Markas 13 Briged Esscom.
KETIBAAN Mohamad disambut mesra di Markas 13 Briged Esscom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia