Utusan Borneo (Sabah)

Satu kompeni kekal di Kem Lanang Sibu

-

SIBU: Satu kompeni dari Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Lanang di sini akan dikekalkan di kem sedia ada sekiranya pemindahan batalion itu ke sebuah kem baharu di Jakar, Sarikei, direalisas­ikan kelak.

Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am SAC Datuk Khaw Kok Chin berkata ini adalah untuk memastikan kesiapsiag­aan batalion tersebut di dalam menjalanka­n tugas tertentu di kawasan Sibu dan kawasan jagaannya yang lain di Sarawak.

“Masyarakat tidak perlu bimbang sebab sekiranya batalion itu dipindahka­n ke tempat lain, kerana satu kompeni akan tetap ditempatka­n di Kem Lanang ini. Kita tidak akan pindahkan semua sekali dan membiarkan kem ini kosong,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpuna­n Bulanan Batalion 10 PGA, di sini pada Ahad.

Merujuk kepada cadangan pembinaan kem di Jakar itu Khaw berkata pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) yang baharu CP Datuk Seri Acryl Sani dijadual melawat tapak pembinaan kem itu esok, yang akan disusuli dengan satu perbincang­an di antara pihak Briged Sarawak dan KDNKA mengenai perkara berkenaan.

Terdahulu dalam ucapannya pada perhimpuna­n pagi itu, Khaw meminta anggota Batalion 10 PGA terus mempamerka­n budaya kerja yang cemerlang bagi melancarka­n pentadbira­n serta perjalanan penugasan yang telah diamanahka­n kepada Briged Sarawak demi menjaga nama baik serta imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir ialah Pegawai Pemerintah Batalion 10 PGA, Superinten­dan Sanudin Md Isa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia