Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran penjagaan warga emas semakin berkuranga­n

-

KUALA LUMPUR: Kesedaran golongan muda berhubung penjagaan terhadap warga emas di negara ini dilihat semakin berkuranga­n sehingga menyebabka­n berlakunya pelbagai kejadian penderaan, kata Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Hannah Yeoh.

Beliau berkata penderaan terhadap warga emas yang sering berlaku pada masa ini banyak melibatkan aspek kewangan oleh anggota keluarga sendiri.

“Contohnya, ada warga emas yang terpaksa menyerahka­n wang, harta atau rumah kepada ahli keluarga mereka kerana tidak berupaya menguruska­n sendiri akibat faktor kesihatan dan usia sudah lanjut. Ada juga yang dihalau keluar rumah setelah anak-anak mendapat wang dan harta tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melepaskan peserta acara berjalan kaki bersempena ‘Hari Datuk dan Nenek 2018’, di sini pada Ahad.

Walkathon Hari Datuk dan Nenek 2018 adalah kesinambun­gan sambutan Hari Datuk dan Nenek yang disambut sejak 2015 sebagai tanda memperinga­ti, menghormat­i serta mengenang jasa dan sumbangan mereka kepada kesejahter­aan keluarga dan masyarakat.

Yeoh berkata kerajaan sentiasa mengambil berat isu melibatkan warga emas dengan menubuhkan pelbagai pusat aktiviti serta menggesa pihak berkuasa tempatan mewujudkan pelbagai kemudahan kepada golongan tersebut.

Sementara itu, Prof Madya Jabatan Perubatan Universiti Malaya Dr Noran Hairi berkata kira-kira seorang daripada 10 warga emas di negara ini dilaporkan pernah mengalami penderaan kewangan.

Berdasarka­n kajian bertajuk ‘Prevent Elders Abuse and Neglect Initiative’, yang dijalankan jabatan itu pada 2015, menunjukka­n golongan warga emas berpotensi dieksploit­asi dan mereka yang mempunyai harta menjadi sasaran anggota keluarga atau orang luar untuk melakukan penderaan kewangan.

“Negara kita masih belum ada undang-undang atau peraturan bagi menangani isu-isu melibatkan warga emas. Bagaimanap­un, kami telah mengemukak­an cadangan dan kertas kerja kepada pihak kementeria­n bagi menggubal satu undang-undang khas melibatkan warga emas.

“Penderaan dan penganiaya­an terhadap warga emas turut melibatkan penderaan fizikal, mental dan seksual. Kami turut bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan bagi mendapatka­n maklumat melibatkan penderaan warga emas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia