Utusan Borneo (Sabah)

Kepimpinan baharu PVATM Sabah tekad perkukuh persatuan

-

KOTA BELUD: Kepimpinan PVATM (Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia) Sabah yang baharu berazam untuk memupuk perpaduan lebih erat antara ahli bagi menjadikan ia sebuah persatuan yang kekal dihormati.

Yang Dipertua P V ATM Sabah yang baru dilantik, Marshid Hj Salleh berkata soal perpaduan dalam organisasi bukanlah perkara remeh, sebaliknya ia merupakan ‘nyawa’ bagi memastikan kelangsung­an hidup setiap NGO.

“Dalam setiap pertanding­an, ada kalah menang. Kepada yang menang tahniah diucapkan, kerana kemenangan itu merupakan satu tanggungja­wab, justeru jangan sia-siakan harapan mereka. Kepada yang kalah, usah menyisihka­n diri, mari bersama merapatkan saf supaya persatuan kita tetap kukuh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berlangsun­gnya Persidanga­n Perwakilan PVATM Bahagian Negeri Sabah ke-37 yang dirasmikan oleh Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick dan Presiden PVATM Malaysia Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, yang diadakan di Dewan Tun Said, di sini pada Sabtu.

Marshid berkata, selain itu, kepimpinan baharu PVATM bertekad untuk mencari inisiatif bagaimana persatuan itu boleh membantu ahlinya yang berminat menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an, seterusnya menjana ekonomi keluarga mereka sendiri.

“Dalam hal ini, kita bekerjasam­a dengan JHEV (Jabatan Hal Ehwal Veteran) Sabah dan Perhebat (Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera) Sabah semata-mata untuk membantu ahli yang mahu memulakan perniagaan sendiri,” jelasnya.

Sehubungan itu katanya, veteran tentera yang belum mendaftar sebagai ahli PVATM diingatkan agar berbuat demikian supaya segala bantuan yang disediakan oleh kerajaan melalui persatuan tentera itu dapat dimanfaatk­an.

Selain kemudahan itu jelas beliau, kebajikan veteran tentera khususnya ahli PVATM terus diberi pembelaan sekiranya mereka ditimpa sebarang musibah seperti kemalangan, bencana alam dan yang berkaitan.

“Ketua-ketua cawangan diminta untuk turun padang berjumpa dengan ahli bagi menerangka­n hala tuju P V ATM Sabah, dan saya pula sebagai Yang Dipertua PVATM untuk sesi 2018-2021yang baharu akan melawat cawanganca­wangan bagi memastikan persatuan ini bergerak aktif.

“Bagi memastikan segala kegiatan PVATM berjalan lancar sama ada di cawangan dan di bahagian, kita bercadang untuk memohon kepada kerajaan supaya memberikan kita ruang pejabat untuk bergerak, terutama ruang yang tidak digunakan di bangunan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Marshid turut mngharapka­n agar kakitangan jabatan kerajaan, ahli korporat dan orang ramai dapat memberikan sumbangan sempena Kutipan Derma Hari Pahlawan.

“Segala sumbangan boleh disalurkan melalui cawangan PVATM di daerah masingmasi­ng dan seyogia diingatkan bahawa semua kutipan itu akan kita salurkan kepada veteran-veteran tentera yang memerlukan,” katanya.

Sebagai rekod, dalam persidanga­n yang dihadiri oleh 19 cawangan PVATM di seluruh Sabah itu, Marshid dilantik menduduki kerusi Yang Dipertua PVATM Bahagian, Hj Muktar Salamun menyandang jawatan Timbalan YDP PVATM, sementara Hj Bakri Jamal NYDP 1 dan Jipdi Burajit NYDP 2.

 ??  ?? JAWATANKUA­SA Tertinggi Exco PVATM Sabah bergambar dengan Ewon dan dif-dif kenamaan semasa persidanga­n itu.
JAWATANKUA­SA Tertinggi Exco PVATM Sabah bergambar dengan Ewon dan dif-dif kenamaan semasa persidanga­n itu.
 ??  ?? MARSHID (lima dari kiri) bergambar bersama Ewon (tengah) dan Mohd Anwar (lima dari kanan).
MARSHID (lima dari kiri) bergambar bersama Ewon (tengah) dan Mohd Anwar (lima dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia