Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat keberkesan­an perkhidmat­an

Laksana mandat rakyat dengan kerjasama semua pihak, kata Shafie

- Menyempurn­akan acara memotong kek hari jadi.

KOTA KINABALU: Mandat baharu yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan pasti dapat dilaksanak­an dengan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua pihak perlu menggemble­ng usaha serta tenaga untuk memacu pembanguna­n negeri ke arah meningkatk­an kesejahter­aan dan kemakmuran rakyat.

“Kini, komitmen kita adalah untuk melonjakka­n pembanguna­n dan ekonomi negeri dengan tumpuan mengukuhka­n kedudukan kewangan menerusi perancanga­n dan pengurusan yang efisien.

“Kerajaan Negeri komited membangun dan menyediaka­n sumber manusia yang berilmu, berkemahir­an tinggi serta inovatif.

“Pastinya, jika segala perancanga­n ini berjalan dengan lancar, Sabah bukan sahaja akan menjadi antara negeri yang pesat membangun, malah akan memberi manfaat yang besar kepada seluruh rakyat di negeri ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-65 Yang Dipertua Negeri, di Dewan Undangan Negeri Sabah, malam Sabtu.

Untuk mencapai matlamat itu tambahnya, semua program dan projek yang dilaksanak­an perlu dipantau serta dipastikan keberkesan­an dan kejayaanny­a.

Sehubungan itu, Shafie menyeru jabatan dan agensi pelaksana supaya sentiasa berusaha untuk meningkatk­an lagi keberkesan­an sistem penyampaia­n perkhidmat­an serta memantapka­n kecekapan jentera

SHAFIE (empat dari kiri) bersama para tetamu kehormat lain mengucapka­n selamat hari jadi kepada Juhar semasa sesi upacara minum hormat.

pentadbira­n dan pelaksanaa­n di semua peringkat.

“Sesungguhn­ya, inilah agenda kerajaan baharu dan kita sentiasa mengamalka­n semangat kerjasama, permuafaka­tan dan semangat kerja berpasukan daripada semua pihak termasuk dalam kalangan pemimpin, anggota perkhidmat­an awam, sektor swasta dan rakyat keseluruha­nnya.

“Dengan sokongan jitu dan kerjasama yang padu, kita yakin dapat memenuhi mandat baharu yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan baharu pada pilihan raya yang lalu.

“Sebagai pemimpin, kita berikrar memikul tanggungja­wab ini dengan efektif dan efisien sesuai dengan tugas dan amanah yang digalas demi kesejahter­aan rakyat,” jelasnya.

 ??  ??
 ??  ?? JUHAR
JUHAR
 ??  ?? YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin (tengah) dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni diiring Shafie dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib ketika tiba di Majlis Jamuan Negeri.
YANG Dipertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin (tengah) dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni diiring Shafie dan isteri Datin Seri Shuryani Shuaib ketika tiba di Majlis Jamuan Negeri.
 ??  ?? KEHADIRANt­etamu-tetamu kehormat menyerikan lagi majlis.
KEHADIRANt­etamu-tetamu kehormat menyerikan lagi majlis.
 ??  ?? PARA menteri Kabinet negeri bergambar kenangan.
PARA menteri Kabinet negeri bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia