Utusan Borneo (Sabah)

Mayat bayi dibuang di kolam terbiar

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

MEMBAKUT:Mayatseora­ng bayi cukup sifat ditemukan dalam sebuah kolam terbiar di Kampung Binsuluk, di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan Azmir Abd Razak berkata, bayi lelaki terbabit dipercayai baru dilahirkan sekitar tiga hingga empat hari sebelum dibuang ke dalam kolam itu.

Katanya,mangsadite­mukan oleh penduduk kampung kira-kira jam 12.30 tengahari pada Sabtu lepas.

“Saksi kejadian yang dikenali sebagai Ag Madun Estor pada awalnya menyangka mayat terbabit adalah anak patung yang timbul di kawasan kolam berkenaan.

“Sebaik memberhent­ikan keretanya dan melihat objek itu, beliau mendapati ia adalah mayat seorang bayi yang berbau busuk,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati mayat bayi itu masih bertali pusat tetapi sudah mereput dan berbau.

Menurutnya, kolam berkenaan terletak bersebelah­an dengan kawasan rumah saksi.

Azmir berkata, selain ditumbuhi lalang, kawasan kolam terbabit juga sunyi dan terletak di laluan jalan mati menuju ke rumah saksi.

“Mayat berkenaan dirujuk ke Hospital Kuala Penyu untuk pemeriksaa­n doktor dan akan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.

“Bedah siasat akan dijalankan pada 8 Oktober 2018 jam 8 pagi,” jelasnya.

Polis menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Pihaknya meminta sesiapa yang ada maklumat berkenaan kes berkenaan supaya menghubung­i Pegawai Penyiasat Insp Ghazali Kasmani di talian 011-2060 1567.

 ??  ?? MAYAT bayi lelaki cukup sifat ditemukan dalam keadaan berbau busuk di dalam kolam terbiar.
MAYAT bayi lelaki cukup sifat ditemukan dalam keadaan berbau busuk di dalam kolam terbiar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia