Utusan Borneo (Sabah)

Osman sanggup terima lantikan politik dalam PKR jika ditawarkan

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal sanggup menerima lantikan politik di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya ditawarkan.

Menurutnya, sebagai ahli baharu di dalam PKR beliau akui tidak boleh bertanding di dalam pemilihan parti pada tahun ini termasukla­h dalam peringkat Cabang PKR Tawau.

“Bagaimanap­un, sebagai ahli parti kita tidak harus menolak sahaja cadangan jika ada ditawarkan jawatan (dalam PKR) yang bertujuan untuk memantapka­n parti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Sukan Tawau pada Ahad, bagi mengulas pertanyaan berhubung perkembang­an terkini status beliau dalam PKR.

Ditanya mengenai kriteria calon yang akan bertanding pada pemilihan Cabang PKR Tawau pula, beliau berharap ahli parti memilih pemimpin yang berwibawa.

Osman berkata reformasi kepimpinan politik perlu dilakukan dengan mengutamak­an calon pemimpin yang mempunyai latar belakang pendidikan dan pengalaman yang baik.

“Kita nasihatkan undilah pemimpin yang boleh membawa pembanguna­n dan imej baik parti, dan lihatlah latar belakangny­a, terutama dari segi pengalaman dan pendidikan­nya.

“Pengalaman dan profesion setiap calon juga perlu dinilai, misalnya kalau dia seorang ahli perniagaan, dia mestilah seorang ahli perniagaan yang sudah terbukti berjaya.

“Begitu juga, kalau dia seorang peguam, dia mestilah seorang peguam yang sudah terbukti berjaya dalam profesionn­ya (sebagai penanda aras kepimpinan),” katanya.

Menurutnya, penting untuk melihat profesion dan pencapaian seseorang calon khususnya untuk menjadi pendukung atau ketua dalam sesebuah organisasi termasukla­h dalam parti.

Beliau juga percaya isuisu yang berlegar dalam dunia politik semasa semakin kompleks, menuntut parti untuk mempunyai pemimpin berwibawa, bukan kerana ‘faktor tertentu’.

“Pilihlah (undilah) calon pemimpin yang berkaliber dan berpotensi untuk membangunk­an cabang dan parti, paling penting dapat memartabat­kan PKR di Sabah,” katanya.

Pada masa sama, Osman juga percaya latar belakang agama seseorang calon perlu dinilai samada calon itu benar-benar mempraktik­kan agama yang dianutinya atau sebaliknya.

“Misalnya, jika calon itu beragama Islam, pastikan dia benar-benar mempraktik­kan agamanya sebagai seorang muslim, begitu juga jika dia penganut agama lain,” katanya.

 ??  ?? OSMAN (tengah) ketika sidang media berkenaan.
OSMAN (tengah) ketika sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia