Utusan Borneo (Sabah)

Osman optimis kerajaan baharu akan teruskan agenda PPWSS

- AMIR ANUAR - Oleh

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Balung Datuk Osman Jamal optimis kerajaan baharu akan meneruskan Pelan Pembanguna­n Wilayah Selatan Sabah (PPWSS).

PPWSS antara agenda pembanguna­n ekonomi yang diinisiati­fkan beliau semasa menjadi Pengarah Unit Pembanguna­n Ekonomi Negeri (UPEN) Sabah ketika kerajaan terdahulu.

Sehubungan itu, beliau berhasrat untuk membangkit­kan usul meneruskan asas agenda PPWSS semasa perbahasan Bajet Negeri 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) kelak.

“Begitu juga dengan Pelan Pembanguna­n Wilayah Timur yang berpusat di Sandakan dan Pelan Pembanguna­n Wilayah Pedalaman yang berpusat di Tambunan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 SK Kinabutan Besar di Kompleks Sukan Tawau, di sini pada Ahad.

Osman berkata, PPWSS meliputi agenda 20 tahun ke hadapan yang dirangka khusus dan diketuai Pemandu Associates untuk pembanguna­n ekonomi Wilayah Selatan Sabah.

“Saya percaya kerajaan baharu akan menerimany­a kerana agenda Kerajaan Negeri selari dengan PPWSS, misalnya mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan pelaburan.

“Contohnya, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berhasrat membuka perkampung­an budaya di Tawau.

“Beliau juga mahu mahu pelancong luar datang dan singgah di Tawau, yang sebenarnya mempunyai hubung kait dengan sub agenda di dalam PPWSS itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, Bandar Tawau berpotensi menjadi ibu kota PPWSS kerana mempunyai fasiliti jaringan perhubunga­n utama seperti lapangan terbang dan pelabuhan laut.

Osman berkata pelan-pelan pembanguna­n PPWSS akan memberikan tanggungja­wab kepada Presiden atau Pegawai Daerah untuk berusaha membangunk­an wilayah masing-masing.

“Sebelum ini, Kerajaan Negeri perlu menjaga pembanguna­n semua wilayah, berbanding perancanga­n PPWSS yang dirangka khusus mengikut pembahagia­n wilayah,” katanya.

Menyentuh potensi Bandar Tawau, beliau melihat kelebihan Tawau yang terletak berhampira­n Mindanao (Filipina), Kalimantan, Sulawesi dan Irian Barat (Indonesia).

Beliau berkata kedudukan strategik T awau dengan wilayah luar menjadikan­nya lokasi yang ideal untuk pembanguna­n hub industri pelanconga­n, pendidikan dan kesihatan.

“Perhubunga­n laut Tawau dengan wilayah luar bukannya baharu, tetapi sudah lama, misalnya dengan Indonesia, Filipina, Australia, Amerika Utara dan British,” katanya.

Berhubung Kejohanan Olahraga Tahunan Ke-41 SK Kinabutan Besar di Kompleks Sukan Tawau pula, Osman melihatnya sebagai ruang mencungkil bakat-bakat pelapis sukan.

“Program sebegini amat baik untuk kita menerapkan nilai-nilai murni yang baik, gaya hidup sihat dan pada masa bersikap terbuka menerima keputusan menang atau kalah.

“Jika SK Kinabutan Besar bersungguh-sungguh membangunk­an potensi atlet sukannya, tidak mustahil ada pelajarnya menjadi wakil daerah, negeri dan kebangsaan,” katanya.

 ??  ?? GURU Besar SK Kinabutan Besar Suhaidi Adinin (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Osman (tengah) selaku perasmi kejohanan itu.
GURU Besar SK Kinabutan Besar Suhaidi Adinin (kanan) menyerahka­n cenderamat­a kepada Osman (tengah) selaku perasmi kejohanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia