Utusan Borneo (Sabah)

Puteri Umno diminta jadi mata, telinga parti

-

TAWAU: Ahli Puteri Umno Sabah diminta menjadi mata dan telinga parti bagi mendengar dan menyampai masalah akar umbi agar akhirnya semua dalam keadaan yang harmoni dan saling melengkapi.

Ketua Umno Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata segelintir orang takut dan gentar berjuang kerana menganggap berjuang adalah untuk orang politik.

“Ada yang enggan masuk campur dalam perjuangan kerana menganggap pandangan mereka tidak akan diterima. Ada yang menganggap perjuangan hanyalah kerana keuntungan duniawi. Ini semua anggapan yang tidak benar,” katanya.

Jelasnya perjuangan jika diselami dengan semangat yang sejati, setiap orang akan mengerti dan memahami. Ia adalah soal tanggungja­wab, s u r viva l dan fitrah manusia w i di mana daripada jutaan manusia di dunia, tiada seorang pun yang terkecuali. Perjuangan ialah tanggungja­wab setiap manusia.

“Perjuangan ini bukan milik kita seorang. Ia juga bukan milik pemimpin yang berkuasa tetapi perjuangan ini adalah milik semua orang, ia adalah tanggungja­wab setiap daripada kita untuk mewariskan kesempurna­an ini kepada generasi masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa perjumpaan Siri Jelajah Anak Muda Puteri Umno Sabah untuk bahagian Puteri Umno Tawau, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Kalabakan Karim Wahid meminta generasi muda khususnya ahli Puteri Umno jangan terpengaru­h dengan membiarkan emosi menguasai akal rasional mereka.

“Jangan sandarkan masa depan kepada perjuangan yang kelam tapi teruslah berpegang teguh dan berpaut pada parti Umno kerana masa depan kita bukan untuk diperjudik­an tapi ia adalah hadiah kita untuk parti.

“Kita bukan lagi kerajaan tetapi sebagai pembangkan­g, jadilah mata dan telinga rakyat kerana mereka ini akar umbi yang perlu diberi perhatian. Cabaran penyatuan dalam Umno yang dihadapi oleh semua ahlinya wajar dijadikan sebagai motivasi untuk mengembali­kan maruah parti, terutama di mata rakyat,” katanya semasa berucap di hadapan barisan kepimpinan Puteri Umno Kalabakan.

Jelajah itu disertai barisan kepimpinan ahli jawatankua­sa Puteri Umno Bahagian Tawau iaitu Ketua Puteri Umno Tawau Nurjana Ali dan Ketua Puteri Umno Kalabakan Erlynah Aliamat bersama Ketua Puteri Umno Sabah Fadilah Sarbi (Sepanggar), Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Suzie Hamat (Sipitang) dan Penolong Bendahari Sharifah Lydia Sharif Dandan (Kota Marudu) serta Ketua Penerangan Puteri Umno Sabah Noorazmahi­rah Noorzain (Tuaran).

Siri Jelajah Anak Muda Puteri Umno Sabah itu akan diadakan secara berperingk­atperingka­t di 25 buah kawasan Parlimen seluruh Sabah melibatkan enam zon.

Turut hadir, Ketua Wanita Umno Tawau Datuk Rosdianah Mohd Noor, Ketua Wanita Umno Kalabakan Chaya Sulaiman, Ketua PemudaUmno­TawauGhaza­li Ansing serta sebahagian ahli jawatankua­sa Umno Tawau dan Kalabakan.

 ??  ?? NIZAM bersama kepimpinan Puteri Umno Sabah dan barisan ahli jawatankua­sa Puteri Umno Tawau.
NIZAM bersama kepimpinan Puteri Umno Sabah dan barisan ahli jawatankua­sa Puteri Umno Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia