Utusan Borneo (Sabah)

Peranan guru lebih mencabar

Melahirkan modal insan Revolusi Industri 4.0

-

KOTA KINABALU: Peranan guru pada zaman kini adalah lebih mencabar dalam usaha membantu kerajaan melahirkan generasi muda untuk keperluan Revolusi Industri 4.0.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan telah melakukan paradigma dengan memperting­katkan dan menambah baik sektor pendidikan negara.

“Kerajaan merancang dan melaksanak­an pelbagai dasar serta program dalam mentransfo­rmasikan sistem pendidikan negara ini agar terus relevan dengan keperluan serta kelestaria­n pendidikan yang lebih berkualiti.

“Hal ini selari dengan salah satu Bidang Keberhasil­an Utama Negara (NKRA), iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampu­an,” katanya ketika menyempurn­akan Karnival Pamer Keunggulan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 2018, di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamarin.

Shafie berkata, semua pihak perlu sedar bahawa usaha merealisas­ikan matlamat itu bukan mudah, hasilnya juga tidak dapat dilihat dalam jangka masa singkat tetapi sebaliknya memerlukan unjuran ruang dan tempoh waktu yang wajar.

“Syabas diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Sabah kerana menjayakan program mempamerka­n kemenjadia­n murid dalam pelbagai aspek.

“Dalam era menyahut seruan demokrasi pendidikan ini, kita tentunya berlapang dada untuk menerima sesiapa sahaja yang menjadi klien kita,” katanya.

Menurutnya, program diadakan itu adalah platform sesuai untuk saling berkongsi pengalaman dan kehebatan serta kemenjadia­n muridmurid agar terus terpahat keunggulan anak-anak Sabah.

Katanya, perkongsia­n amalan baik melalui pameran dan aktiviti seperti itu adalah selaras dengan saranan untuk mengaplika­sikan pengurusan berkualiti yang turut sama memainkan peranan penting dalam menghasilk­an sistem pendidikan bermutu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Hajah Maimunah Suhaibul.

“Kerajaanme­rancangdan­melaksanak­anpelbagai dasar serta program dalam mentransfo­rmasikan sistem pendidikan negara ini agar terus relevan dengan keperluan serta kelestaria­n pendidikan yang lebih berkualiti. ”

DATUK SERI MOHD SHAFIE APDAL Ketua Menteri

 ??  ?? MOHAMMAD (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid. Turut kelihatan ialah Maimunah (tiga kiri).
MOHAMMAD (dua kanan) menyampaik­an anugerah kepada salah seorang murid. Turut kelihatan ialah Maimunah (tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia