Utusan Borneo (Sabah)

Dr. Mohd Sofi Osman Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Baharu

-

KOTA KINABALU: Dato’ Dr. Mohd Sofi Osman telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UMS baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober 2018 sehingga 30 September 2021.

Pelantikan itu adalah untuk menggantik­an Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi yang tamat tempoh perkhidmat­an.

Dr. Mohd Sofi memiliki ijazah dalam bidang kejurutera­an dari University of Strathclyd­e, Scotland dan berpengala­man luas dalam sektor industri serta aktif dalam perkara berkaitan kerjasama institusi pendidikan-industri.

Ketikainib­eliaumerup­akan Pengarah Urusan serta Timbalan Presiden Altera Corporatio­n (M) Sdn Bhd.

Beliau juga adalah Ahli Lembaga Pengarah MIMOS SemiConduc­tor(M)Sdn.Bhd. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) serta sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah UniMAP.

Dalam masa yang sama beberapa tokoh juga telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UMS baharu.

Mereka ialah Datuk Haji Hashim Paijan (Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah), Datin Paduka Ir. Siti Hamisah Tapsir (Pengarah, Jabatan Pendidikan Tinggi, KPM), Datuk Vincent Pung Yee Kiong (Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Pinjaman Sabah), Datuk Dr. Christina Rundi (Pengarah Kesihatan Negeri Sabah) dan Asgari Mohd Fuad Stephens (Intelligen­t Capital Sdn. Bhd.)

Warga UMS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas di atas pelantikan ini dan yakin Dato’ Dr. Mohd Sofi dan ahli-ahli LPU mampu memberikan perkhidmat­an yang terbaik demi kecemerlan­gan UMS di persada nasional dan antarabang­sa.

Sementara itu, warga UMS juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi dan mantan Ahli-ahli Lembaga Pengarah iaitu Tan Sri Sukarti Wakiman, Datuk Pengiran Hj. Mohd Hussein Datuk Pengiran Hj. Mohd Tahir Nasruddin, Dato’ Prof. Dr. Rujhan Mustafa dan Datuk John Maluda atas khidmat bakti mereka bersama UMS.

 ??  ?? MOHD SOFI
MOHD SOFI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia