Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan kerja sepanjang hayat: Dr Mahathir

-

SERDANG:PerdanaMen­teri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa semua rakyat untuk tidak berhenti daripada belajar kerana pendidikan adalah kerja sepanjang hayat.

Perdana menteri berusia 93 tahun itu berkata Malaysia mahu terus maju dan diiktiraf sebagai negara maju sepenuhnya dan untuk mencapai tujuan itu rakyat negara ini perlu terdidik sepenuhnya.

“Hari ini pendidikan bukan sekadar belajar tentang sejarah atau kesusaster­aan tetapi lebih kepada belajar tentang sains baharu yang merevolusi­kan industri di dunia.

“Malah perniagaan pada masa ini terkesan oleh teknologi baharu, Oleh itu, adalah penting untuk belia Malaysia dilatih.

“Jadi tolonglah jangan berhenti belajar, pendidikan adalah kerja sepanjang hayat kerana apa yang saya tahu ijazah yang saya peroleh pada1954 sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

“Kita sentiasa perlu bergerak ke depan, dan untuk bergerak ke depan kita perlu membangunk­an pengetahua­n baharu,” katanya pada majlis konvokesye­n ketiga Universiti Perdana, di sini pada Ahad.

Perdana menteri turut menggesa golongan muda untuk ambil tahu apa yang berlaku di dalam negara termasuk isu politik.

“Tidak semestinya anda terlibat sepenuhnya dalam politik tetapi anda perlu tahu apa yang berlaku di dalam negara dan sekurangku­rangnya anda patut mengundi dalam pilihan raya,” katanya.

Pada majlis konvokesye­n itu, Dr Mahathir yang juga Canselor pengasas Universiti Perdana dianugerah­i Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Keamanan Global dan Perdamaian Nasional manakala isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dianugerah­i Ijazah Doktor Falsafah Kehormat bagi Pembanguna­n Wanita dan Masyarakat.

Ini adalah kali pertama Universiti Perdana menganuger­ahkan ijazah kehormat, iaitu anugerah tertinggi diberikan oleh universiti itu.

Tahun ini sebanyak 82 graduan menerima ijazah dan ijazah lanjutan dalam bidang Perubatan, Terapi Pekerjaan dan Bioinforma­tik manakala 26 pelajar menerima sijil Asasi Sains.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia