Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan tidak akan pertahan petani

Langgar peraturan penggunaan racun serangga

-

KLUANG: Kerajaan tidak akan mempertaha­nkan mana-mana petani yang melanggar peraturan dalam penggunaan racun serangga terutamany­a terhadap produk yang dieksport keluar negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata kementeria­nnya mengharapk­an petani di negara ini tidak akan mengambil jalan singkat bagi memasarkan produk yang ‘cantik’ tetapi melanggari peraturan ditetapkan.

“Bukan sahaja untuk dieksport tetapi sebenarnya kita juga mengambil langkah yang sama bagi mana-mana produk pertanian dari luar (diimport) yang melanggar peraturan itu.

“Bagi tindakan Singapura pada Khamis lalu yang menyekat kemasukan salad kita, sehingga kita terpaksa menarik balik di pasaran negara berkenaan, kita jadikan ianya satu pengajaran,” katanya kepada pemberita pada pogram Hari Institut Penyelidik­an Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Johor 2018, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri Dr Sahruddin Jamal, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Sallehuddi­n Hassan serta Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor.

Salahuddin mengulas berkaitan penarikan semula produk Iceberg Lettuce (sejenis salad) yang dieksport ke Singapura kerana dicemari bahan kimia fipronil yang turut dijual di pasaran tempatan dengan jenama Vege 2 Fresh.

Beliau menegaskan, perbuatan sesetengah petani yang mengambil jalan singkat itu dikhuatiri akan membunuh peluang petani lain bagi memasarkan produk masingmasi­ng keluar negara.

Menurut Salahuddin, pihaknya akan memberikan nasihat kepada petani supaya perkara berkenaan tidak berulang kerana ia boleh memalukan negara sekiranya terdapat produk yang dipulangka­n atau dihapuskan.

“Sebenarnya kita mempunyai undang-undang yang berkaitan, di mana sekiranya mereka (petani) gagal mematuhi peraturan melalui Seksyen 13, Akta Makanan 1983.

“Sekiranya mereka ini didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Salahuddin berkata pihaknya berharap agar bajet kementeria­nnya tidak akan dipotong sebaliknya ditambah supaya sektor pertanian dapat dimajukan.

“Saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed untuk mempertimb­angkan permintaan berkenaan.

“Saya harap ianya (tambahan bajet) akan diluluskan bagi kesesuaian masa kini dan tambahan peruntukan berkenaan kepada para petani dan mereka yang berada di bawah kementeria­n ini akan membantu,” katanya.Bernama

“Bagi tindakan Singapura pada Khamis lalu yang menyekat kemasukan salad kita, sehingga kita terpaksa menarik balik di pasaran negara berkenaan, kita jadikan ianya ” satu pengajaran DATUK SALAHUDDIN AYUB Pertanian dan Industri Asas Tani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia