Utusan Borneo (Sabah)

Jangan sesekali lakukan aktiviti rekreasi di kawasan lombong

-

SABAK BERNAM: Orang ramai diingatkan agar tidak sama sekali melakukan aktiviti rekreasi di kolam lombong berdekatan kawasan perumahan yang berisiko tinggi mengancam nyawa mereka, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata orang ramai perlu mengambil iktibar daripada kes enam anggota bomba yang terkorban dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa berusia 17 tahun yang mati lemas di sebuah lombong di Puchong, Selangor, pada malam Rabu lepas.

“Kalau lombong itu berada di bawah kawalan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), maka tindakan sewajarnya akan diambil bagi memasang papan tanda amaran dan pagar bagi menghalang orang luar masuk ke kawasan tersebut,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Hutan Antarabang­sa dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan 2018 di Hutan Simpan Kuala Bernam, di sini pada Ahad.

Dalam kejadian kirakira 9.15 malam itu, enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia maut ketika menjalanka­n operasi SAR remaja terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor.

Anggota yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24. Dua lagi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Adnan Othman,33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Kematian mereka mengejutka­n negara kerana ia merupakan insiden pertama seumpamany­a melibatkan kehilangan nyawa anggota penyelamat dalam jumlah yang besar.

JPS dalam kenyataan sebelum ini berkata pihaknya mengambil serius aspekaspek keselamata­n di kolam itu memandangk­an kawasan tersebut bukan kawasan bagi orang ramai melakukan aktiviti air dan riadah.

Katanya JPS bertindak segera memasang papan tanda amaran dan pagar menghala masuk ke jambatan atas struktur weir di lombong Taman Putra Perdana, Puchong itu bagi menghalang orang luar masuk ke kawasan tersebut.

Dalam perkembang­an lain, Dr Xavier berkata Kabinet bersetuju untuk menghentik­anpengeksp­ortan pasir laut ke luar negara dan arahan itu dijangka berkuat kuasa dalam tempoh dua minggu lagi.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata untuk tahun ini, kerajaan memperuntu­kkan lebih RM30 juta bagi pelaksanaa­n 16 buah projek berkaitan pemelihara­an dan pemulihara­an hutan di Semenanjun­g Malaysia.

“Kita juga harus berbangga kerana dapat mengekalka­n 55.2 peratus kawasan berhutan dan ia merupakan satu pencapaian besar buat negara,” katanya.-

 ??  ?? MENTERI Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar (tengah) menanam pokok bakau selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antabangsa Dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahter­aan Masyarakat’ di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Haji Dorani, pada Ahad.
MENTERI Air, Tanah Dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar (tengah) menanam pokok bakau selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antabangsa Dan Hari Konservasi Ekosistem Hutan Paya Laut Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan Tahun 2018 bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahter­aan Masyarakat’ di Hutan Simpan Kuala Bernam, Sungai Haji Dorani, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia