Utusan Borneo (Sabah)

Penahanan lapan individu tiada kaitan dengan pusat tahfiz:PINTA

-

KANGAR: Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PINTA) Perlis menegaskan bahawa pusat pengajian Islam di Perlis yang dikaitkan dengan penahananl­apanlelaki kerana disyaki terlibat dalam tindakan memudaratk­an ketenteram­an awam dan keselamata­n persekutua­n yang dilaporkan media semalam, bukan sebuah pusat pengajian tahfiz.

Pengerusin­ya Muhd Inzaar Haqieqie Ismail berkata pusat pengajian itu sekadar berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIP) atas nama pusat pengajian tahfiz, namun sebenarnya ia lebih kepada pengajian kitab.

“Selain tidak berdaftar di bawah PINTA, kesemua pengajian yang disediakan di pusat tersebut ialah pengajian kitab sepenuh masa walaupun terdapat juga pelajar-pelajar mereka yang menghafaz alQuran secara separuh masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Ahad.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun mendedahka­n bahawa lapan lelaki termasuk tujuh warga asing ditahan dalam operasi Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Perlis, Kuala Lumpur dan Johor, pada 24 Sept lepas.

Lapan suspek itu terdiri daripada enam pelajar warga asing, seorang bekas pelajar warga tempatan dan seorang bekas tenaga pengajar warga asing di sebuah pusat pengajian Islam di Perlis.

Mengakui terkejut dengan berita penangkapa­n itu, Muhd Inzaar berkata insiden itu sedikit sebanyak menyebabka­n nama pusat tahfizdiPe­rlistercem­ar,malah beliau risau dengan persepsi bahawa negeri itu menjadi pusat penyebaran fahaman dan dakyah keganasan atau radikal.

“Sebagai sebuah persatuan yang menaungi institusii­nstitusi tahfiz di Perlis, kami ingin penangkapa­n ini tidak dikaitkan dengan institusi tahfiz… tuduhan terhadap mereka perlulah dijawab oleh individu itu sendiri,” katanya dan menambah, setakat ini terdapat 10 institusi tahfiz yang berdaftar di bawah persatuan itu.

Muhd Inzaar berkata institusi tahfiz yang menjadi ahli PINTA sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam, Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Semalam Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata penahanan lapan individu itu tidak bermakna Perlis menjadi pusat penyebaran fahaman radikal, malah semua pusat pengajian agama di negeri itu perlu melalui proses tapisan keselamata­n berhubung pengambila­n pelajar dan tenaga pengajar serta disahkan ‘bersih’ oleh polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia