Utusan Borneo (Sabah)

Hanya RM2 juta dikutip, diskaun kompaun DBKL tidak capai sasaran

-

KUALA LUMPUR: Hanya RM2 juta bayaran saman tertunggak pesalah trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikutip walaupun tawaran bayaran dengan kadar diskaun sebanyak 70 peratus telah diberi sejak 1 Sept lepas.

Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad kutipan itu amat mendukacit­akan memandangk­an kerajaan menyasarka­n pulangan kutipankes­eluruhanme­nerusi diskaun diberikan berjumlah RM100 juta.

“Kamimenyas­arkanjumla­h kutipan boleh mencecah sehingga RM100 juta namun amat mendukacit­akan ia hanya berjaya mendapat RM2 juta sahaja meskipun sudah diberi diskaun sejak 1 Sept,” katanya kepada pemberita selepas majlis ‘Flag Off’ ‘Kuala Lumpur Car Free Morning’, di sini pada Ahad.

Menurut rekod DBKL, kira-kira empat juta saman kesalahan trafik dikeluarka­n DBKL sehingga Ogos tahun ini melibatkan nilai hampir RM1 billion.

Berdasarka­n itu, DBKL mengambil inisiatif menawarkan kadar istimewa bagi bayaran saman tertunggak, bertujuan menggalakk­an pesalah trafik menjelaska­n kompaun mereka dengan kadar segera selain mengelakka­n tindakan senarai hitam.

Sementara itu, Khalid berkata pihaknya menerusi Jawatankua­sa Khas telah membayar balik sejumlah RM120 juta kepada 10 daripada 97 kes transaksi tanah milik DBKL yang dibatalkan sejak 13 Sept lepas.

Katanya 10 transaksi lot tanah itu membabitka­n tanah seluas 14 ekar yang perlu dihentikan atas nasihat jawatankua­sa khas yang turut dianggotai DBKL dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Selebihnya pihak SPRM sedang menyiasat dan ada 23 transaksi yang mahu dirunding balik itu akan mendapat balik duitnya yang mana jumlahnya akan diumumkan esok,” katanya.

Terdahulu, Khalid melakukan upacara ‘flag off’ pada larian sempena ‘KL Car Free Morning’ yang disertai oleh kira-kira 3,500 peserta termasuk 600 peserta terdiri daripada golongan pekak.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Pengerusi OCBC KL Car Free Morning, Datuk Naim Mohamad.

 ??  ?? MENTERI Wilayah Khalid Abdul Samad (tengah) melepaskan para peserta pada Program ‘Kuala Lumpur (KL) Free Car Morning’ di sekitar Jalan Raja Laut pada Ahad.
MENTERI Wilayah Khalid Abdul Samad (tengah) melepaskan para peserta pada Program ‘Kuala Lumpur (KL) Free Car Morning’ di sekitar Jalan Raja Laut pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia