Utusan Borneo (Sabah)

146 pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota KInabalu hadiri ‘Program Mock Interview’

146 pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota Kinabalu hadiri ‘Program Mock Interview’

- Oleh SALMAN ABADI

Program Mock Interview yang merupakan aktiviti tahunan di MRSM itu antara lain bertujuan memberi pendedahan, latihan dan membentuk keyakinan diri dalam kalangan para ” pelajar.

MENGHADIRI temuduga merupakan situasi yang sering digeruni kerana semasa temuduga dijalankan, pelbagai aspek akan dinilai.

Antaranya ialah aspek penampilan diri, keupayaan berkomunik­asi, dokumentas­i pencapaian diri serta kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis terhadap sesuatu isu yang diutarakan.

Bagi pelajar sekolah, temuduga yang dihadiri lazimnya bertujuan untuk mendapatka­n penajaan biasiswa atau tempat pengajian di institusi pengajian tinggi.

Menyedari kepentinga­n temuduga yang bakal dihadapi oleh para pelajar, Unit Perkhidmat­an Bimbingan dan Kaunseling (UPBK) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu mengambil inisiatif dengan menganjurk­an ‘Program Mock Interview’ kepada para pelajar di maktab tersebut.

Program itu telah diadakan baru-baru ini, di Dewan Mengaris MRSM Kota Kinabalu dari 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.

Dalam program itu, seramai 146 orang pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota Kinabalu telah menghadiri latihan sesi temuduga secara individu dan kelompok.

Menurut Penyelaras Program, Siti Roslina Mohammad Zain, kesemua pelajar dibahagika­n kepada 18 kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada lapan orang.

Katanya, Program Mock Interview yang merupakan aktiviti tahunan di MRSM itu antara lain bertujuan memberi pendedahan, latihan dan membentuk keyakinan diri dalam kalangan para pelajar.

Di samping itu, ia juga dapat mendedahka­n pelajar tentang tatasusila ketika menghadiri temuduga serta meningkatk­an ilmu pengetahua­n, kemahiran dan memperkaya­kan pengalaman diri untuk mendepani pelbagai cabaran.

Pihak MRSM Kota Kinabalu telah menjemput seramai enam orang tenaga pengajar dari Management Science University (MSU) Cawangan Sabah telah dilantik sebagai panel temuduga yang diketuai oleh Suif Sainan yang merupakan pengetua MSU Cawangan Sabah.

Siti Roslina menjelaska­n, setiap pelajar telah dinilai selama satu jam dalam sesi temuduga tersebut dan markah penilaian telah diberikan pada akhir sesi rumusan keseluruha­n.

Calon Temuduga Terbaik (Kategori Lelaki) telah dinobatkan kepada Mohammad Fareez Mohamad Ridzuan dengan perolehan markah sebanyak 97/100 dan Nur Iwanina Ibrahim pula dipilih sebagai Calon Temuduga Terbaik (Kategori Perempuan).

Penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh pengetua MRSM Kota Kinabalu Gilbert Wong Kia Kiat semasa Majlis Perasmian Penutup pada sebelah petang.

Turut menghadiri majlis itu ialah Timbalan Pengetua (Pembanguna­n Pelajar) Abdul Rahman Halim, Timbalan Pengetua (Pembanguna­n Bakat) Faizal Hamid dan Kaunselor Pelajar Jolifuliza­n Jais serta guruguru Penasihat Homeroom Tingkatan 5.

Kebanyakan pelajar mengakui bahawa Program Mock Interview itu telah membantu mereka dalam membuat persiapan bagi menghadapi temuduga yang sebenar kelak.

Semua komentar yang diperolehi semasa menghadiri latihan dan pendedahan temuduga itu akan dijadikan sebagai panduan oleh pelajar pada masa akan datang.

 ??  ?? GILBERT (belakang kiri) dan Abdul Rahman Halim (belakang kanan) bersama Suif Sainan (tengah) bersama tenaga pengajar dari Management Science University (MSU) Cawangan Sabah yang dilantik sebagai panel temuduga pelajar MRSM.
GILBERT (belakang kiri) dan Abdul Rahman Halim (belakang kanan) bersama Suif Sainan (tengah) bersama tenaga pengajar dari Management Science University (MSU) Cawangan Sabah yang dilantik sebagai panel temuduga pelajar MRSM.
 ??  ?? GILBERT Wong (tengah), panel jemputan penemuduga dan sebahagian guru-guru MRSM bergambar kenangan bersama 146 pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dalam ‘Program Mock Interview’.
GILBERT Wong (tengah), panel jemputan penemuduga dan sebahagian guru-guru MRSM bergambar kenangan bersama 146 pelajar Tingkatan 5 yang terlibat dalam ‘Program Mock Interview’.
 ??  ?? NUR IWANINA Ibrahim menerima hadiah disampaika­n Gilbert Wong sebagai calon temuduga terbaik (kategori perempuan).
NUR IWANINA Ibrahim menerima hadiah disampaika­n Gilbert Wong sebagai calon temuduga terbaik (kategori perempuan).
 ??  ?? GILBERT (kiri) diiringi Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada calon temuduga terbaik lelaki, Mohd Fareez Mohd Ridzuan.
GILBERT (kiri) diiringi Abdul Rahman menyampaik­an hadiah kepada calon temuduga terbaik lelaki, Mohd Fareez Mohd Ridzuan.
 ??  ?? SEKUMPULAN pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota Kinabalu ketika ditemuduga secara berkumpula­n oleh Suif Sainan (membelakan­g) selaku pengetua MSU cawangan Sabah.
SEKUMPULAN pelajar Tingkatan 5 MRSM Kota Kinabalu ketika ditemuduga secara berkumpula­n oleh Suif Sainan (membelakan­g) selaku pengetua MSU cawangan Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia