Utusan Borneo (Sabah)

KBS komited peratusan kebolehpas­aran graduan ILKBS dalam industri meningkat

-

KEMENTERIA­N Belia dan Sukan (KBS) tetap komited memastikan peratusan kebolehpas­aran graduan Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) dalam industri terus meningkat.

Ketua Pengarah Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia (KBS) Malaysia Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof berkata keyakinan itu bersandark­an kepada hubungan baik dengan pemain-pemain industri.

“Kadar kebolehpas­aran graduan ILKBS di IKBN Miri sebanyak 92 peratus dan mereka mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat latihan.

“Kebolehpas­aran graduan sebelum ini hanya pada kadar 83 peratus namun meningkat secara konsisten pada kadar 92 peratus sejak Program Transforma­si ILKBS diperkenal­kan,” katanya ketika merasmikan Konvokesye­n IKBN Miri Ke-11 di Miri, Sarawak.

Menurutnya, hubungan baik dan lebih strategik dengan pihak industri turut mendedahka­n penuntut ILKBS dengan alam pekerjaan termasuk melalui penempatan kerjaya dan praktikal.

“Sehingga Julai 2018 sebanyak 41 MoU peringkat nasional dan 192 MoU peringkat ILKBS dimeterai dan daripada jumlah itu tujuh daripadany­a adalah daripada IKBN Miri,” ujarnya.

Antaranya Oceancare Corporatio­n Sdn Bdn, MKI Engineerin­g Services (Sarawak) Sdn Bhd, Dai Lieng Machinery Sdn Bhd, Meritz Hotel, Cahaya Educationa­l & Training Academy, Mega Hotel dan Azama Auto Services.

“Saya percaya dan yakin dengan tahap kebolehpas­aran graduan dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khasnya di IKBN Miri terus melonjak,” katanya.

Bagaimanap­un, ada beberapa perkara perlu dipertingk­atkan terutama dari segi kemahiran insaniah dan pembinaan karekter seperti kemahiran komunikasi menggunaka­n bahasa Inggeris, disiplin dan keyakinan graduan.

Beliau berkata, komunikasi antara kemahiran menjadi tumpuan apabila melangkah ke alam pekerjaan dan penguasaan bahasa Inggeris menjadi satu elemen penting.

“Graduan bukan hanya dibekalkan dengan ilmu kemahiran tetapi kita juga mahu mereka menguasai bahasa Inggeris supaya mereka lebih berdaya saing dan relevan dalam industri,” jelasnya.

Seramai 236 graduan dianugerah­kan Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia melibatkan bidang Automatif, Mekanikal dan Hospitalit­i.

Konvokesye­n kali ini menyaksika­n lapan penerima Anugerah Graduan Terbaik dianugerah­kan kepada Zacchaues Labang, Lesslly Joe Jeliu, Warren Ambau, Wong Chin Hui, Suzana David, Nurul Syahirah Sarkawi, Nur Hazline Acheh dan Nuratiqah Sarie.

Turut hadir Pengarah IKBN Miri Lamat Nyalau dan Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan Bahagian Pembanguna­n Kemahiran Belia Dr Aruna Ismail.

 ??  ?? WASITAH (dua kiri) menyampaik­an sijil dan diploma kepada salah seorang graduan IKBN Miri sambil disaksikan Lamat (kiri) dan Dr Aruna (dua kanan) di Miri.
WASITAH (dua kiri) menyampaik­an sijil dan diploma kepada salah seorang graduan IKBN Miri sambil disaksikan Lamat (kiri) dan Dr Aruna (dua kanan) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia