Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan awal langkah pertama kemajuan masyarakat

Pihak berkepenti­ngan perlu berbincang cari pendekatan tambah baik kualiti pendidikan awal kanak-kanak

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menekankan kepentinga­n pendidikan awal kanak-kanak sebagai langkah pertama kepada kemajuan masyarakat.

Sehubungan itu katanya, pihak berkepenti­ngan dalam pendidikan awal kanak-kanak termasuk ibu bapa perlu berbincang bersama mencari pendekatan untuk menambah baik kualiti pendidikan.

“Saya gembira melihat masyarakat kita telah menekankan kepentinga­n kualiti pendidikan awal kanak-kanak,” katanya ketika melancarka­n Konvensyen Pendidikan Prasekolah Siri Ke-12 Tahun 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini pada Sabtu.

Menerusi pendidikan awal kanak-kanak, Tun Taib percaya bahawa pendidik dan pihak berkepenti­ngan yang relevan dapat menjadikan kehidupan lebih menarik bagi pelajar muda.

Pendidikan awal kanakkanak juga katanya, adalah platform untuk individu muda bergaul dengan rakanrakan sebaya mereka serta membiasaka­n diri dengan persekitar­an pelajaran formal.

Terdahulu Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata Kerajaan Sarawak akan membangun rancangan pendidikan untuk ibu bapa memahami pendidikan dan jagaan awal kanak-kanak (ECCE).

“Kami mahu ECCE menjadi lebih berperikem­anusiaan dan akan mewujudkan pelan pembanguna­n ICT bagi guruguru prasekolah,” katanya.

Jelas Fatimah lagi, Sarawak mengadapta­si permainan adalah pelajaran dan pembelajar­an menerusi permainan daripada lawatan kerja ke Finland baru-baru ini.

Menurut Fatimah, kanakkanak­diFinlandd­ilayanseba­gai individu penting dan individu muda ini diberi kebebasan untuk membangun.

“Di Finland, mereka menekankan pembelajar­an matematik dan sains serta kreativiti.

“Kami juga melawat Estonia di mana mereka menggunaka­n pengurusan dan pembanguna­n ICT dalam pendidikan awal kanak-kanak,” katanya.

“Saya gembira melihat masyarakat kita telah menekankan kepentinga­n kualiti pendidikan awal ” kanak-kanak

TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD

Yang di-Pertua Negeri

Seramai 182 peserta menghadiri konvensyen tiga hari tersebut sehingga hari ini bertemakan Pendigital­an Pendidikan Awal KanakKanak. Konvensyen ini telah diadakan buat pertama kalinya pada 2006 bertujuan menambah baik profession­alisme dalam kalangan pendidik awal kanakkanak selain mempromosi­kan sikap positif antara pemain industri.

 ??  ?? TUN Taib (berdiri, tiga kiri) dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib (berdiri, tiga kanan) merakam kenangan bersama tiga wakil pemenang Pertanding­an Tadika Penanda Aras Berkualiti Tahun 2018. Turut kelihatan Fatimah (berdiri, dua kanan).
TUN Taib (berdiri, tiga kiri) dan isteri Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib (berdiri, tiga kanan) merakam kenangan bersama tiga wakil pemenang Pertanding­an Tadika Penanda Aras Berkualiti Tahun 2018. Turut kelihatan Fatimah (berdiri, dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia