Utusan Borneo (Sabah)

KGBS sokong usaha kecualikan guru daripada tugas perkerania­n

-

KUCHING: Kesatuan Guru Bumiputera Sarawak (KGBS) mengalu-alukan serta menyambut baik pengumuman Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung usaha untuk mengecuali­kan guru daripada tugas perkerania­n mulai Januari tahun depan.

Sehubungan itu, Presidenny­a Ahmad Malie berharap agar apa yang diumumkan menteri itu akan menjadi kenyataan apabila tiba saat yang dijanjikan itu nanti.

“Kita tidak mahu pengumuman tersebut hanya sekadar menjadi retorik semata-mata untuk melegakan perasaan warga guru yang diruntun beban tugas perkerania­n sejak sekian lama,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo pada Jumaat.

Beliau menegaskan perkara itu kerana ia adalah antara salah satu isu yang diperjuang­kan warga kesatuan guru selama ini demi memastikan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa priharin terhadap kebajikan mereka.

Malah dengan adanya usuha itu katanya, warga guru atau pendidik dapat lebih fokus kepada tugas dalam bidang pengajaran dan pembelajar­an yang sebelum ini telah terabai ekoran tugastugas perkerania­n yang perlu ditangani mereka.

“Justeru, dalam tempoh transisi menunggu ‘hari pembebasan bebanan tugas’ seperti yang dumumkan oleh menteri pendidikan kita, KGBS menyeru agar warga guru terus memberi khidmat terbaik demi manfaat pendidikan kepada anak bangsa yang menjadi pewaris kepimpinan negara pada masa akan datang,” kata Ahmad.

Baru-baru ini menerusi media elektronik dan cetak, Dr Maszlee mengumumka­n bahawa pendidik di seluruh negara akan dikecualik­an daripada bebanan tugas perkerania­n selewatlew­atnya pada Januari depan.

Katanya, langkah itu bertujuan memperkasa profesion guru supaya lebih fokus kepada pengajaran di kelas bagi mendidik dan melahirkan generasi pelajar cemerlang.

Beliau berkata, amat merugikan apabila kemahiran dan kepakaran guru tidak dioptimumk­an bagi tujuan mengajar sebaliknya dibebankan dengan tugas perkerania­n.

“Pegawai saya kini sedang berusaha sebaik mungkin mengkaji cara untuk meringanka­n beban guru yang akan dibentangk­an kepada saya selewat-lewatnya pada Disember nanti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia