Utusan Borneo (Sabah)

Kaki bayi cedera, bengkak setelah mendapat rawatan

-

SIBU: Seorang bapa melahirkan rasa kesal terhadap pihak bertanggun­gjawab ke atas kaki bayi perempuann­ya cedera dan bengkak setelah mendapat rawatan di Hospital Sibu.

Justeru, bapa terbabit yang dikenali ‘Safuan Comeell’ menerusi akaun Facebook memuat naik gambar kaki bayi perempuann­ya di laman sosial sekali gus menjadi tular dan dikongsi kira-kira 15,000 netizen pada 2 Oktober lalu.

Statusnya dipetik ‘Dari Hospital Mukah dia sempurna semuanya. Normal sahaja. Apabila tiba di Hospital Sibu, ini akibatnya’.

“Apakah dosa anak saya dibuat begitu, saya berasa tidak puas hati kerana ketika lahir pada 16 September lalu semuanya sempurna.

“Jika kaki anak saya dipotong atau dibedah, saya sebagai bapa meminta sesiapa yang berkenaan bertanggun­gjawab atas kejadian dan keluarga saya akan mengambil tindakan selanjutny­amengikutu­ndangundan­g jika mereka tidak mahu bertanggun­gjawab,” katanya.

Beliau memuat naik gambar kaki bayi perempuann­ya dan meluahkan kekecewaan selepas kaki bayinya itu kini membengkak kebiruan dari paras buku lali ke bawah.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas doktor di Hospital Sibu mahu mengambil darah dari bayi terbabit kerana didakwa mempunyai kuman dan perlu diuji sebelum kaki bertukar kehitaman beberapa hari kemudian.

Sementara itu, Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalanka­n siasatan terperinci berhubung kecederaan kaki bayi perempuan terbabit.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata pihaknya mengambil maklum aduan di Facebook itu yang tular berhubung rawatan di hospital terbabit didakwa cuai sehingga menyebabka­n kaki pesakit bengkak dan cedera.

Beliau berkata, KKM juga meneliti prosedur digunakan doktor dan jururawat ketika memberi rawatan kepada bayi terbabit.

“KKM prihatin dengan masalah dihadapi pesakit dan akan memastikan siasatan dibuat telus dan mengikut prosedur,” katanya dalam kenyataan Khamis lalu.

 ??  ?? BEGINILAH gambar kaki bayi perempuan terbabit yang diambil daripada akaun Facebook ‘Safuan Comeell’.
BEGINILAH gambar kaki bayi perempuan terbabit yang diambil daripada akaun Facebook ‘Safuan Comeell’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia