Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah daerah Kuching menunjukka­n penurunan

-

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching mendedahka­n perkembang­an positif bagi indeks jenayah daerah Kuching yang menunjukka­n penurunan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ng Ah Lek berkata penurunan itu menyaksika­n 189 kes bermula Januari hingga Septembert­ahuniniber­banding tahun sebelumnya.

“Sebenarnya, menerusi rekod dan statistik kita menunjukka­n pelbagai kes jenayah seperti pecah rumah dan curi, ragut masih berlaku tetapi tidak berleluasa dan jumlahnya telah menurun bagi tahun ini berbanding tahun lepas,” katanya ketika ditemui selepas selesai Program Kepolisan Komuniti di Pasar Raya Mydin, Tunku Vista pada Sabtu.

Justeru, Ng percaya peranan KepolisanK­omunitimem­bantu usaha membendung keskes jenayah di persekitar­an kejiranan di taman perumahan, premis dan kampung di sini.

Pada masa yang sama Kepolisan Komuniti tersebut berupaya memperkuku­hkan jalinan kerjasama antara keduanya melalui aktiviti serta program yang memberi input serta maklumat semasa jenayah.

Pada Sabtu, seramai lebih kurang 200 ketua masyarakat dari kawasan Petra Jaya telah menghadiri program tersebut di sini.

Ng turut meluahkan rasa senang kerana penduduk setempat yang sentiasa prihatin dan sering berganding bahu dalam kempen bagi memerangi jenayah di kawasan masingmasi­ng.

“Kejayaan tindakan polis bergantung kepada kerjasama masyarakat terutama dalam menyalurka­n maklumat yang berguna kepada pihak polis.

“Keprihatin­an masyarakat dalam menyertai rondaan seperti rukun tetangga, skim pengawasan kejiranan dan rondaan Kepolisin Komuniti amat kami hargainya,”ujarnya.

Pada masa yang sama beliau turut menjelaska­n bahawa Unit Rondaan MPV PDRM merupakan sebuah unit khas yang ditugaskan bagi membuat rondaan di dalam kawasan.

Bagaimanap­un, unit tersebut kadangkala turut dikerahkan bagi tugas khas dan meminta sekiranya terdapat keperluan agar ketua masyarakat menulis kepada pihaknya.

Beliau turut menjelaska­n kepada masyarakat bagi balai yang tidak mempunyai unit MPV, petugasnya berupaya menggunaka­n kenderaan lain yang terdapat di balai tersebut bagi melaksanak­an tugas mengikut keperluan tugas meronda.

Menerusi sesi dialog yang dijalankan bersama ketua masyarakat di sini semalam, beliau berharap maklumat tentang tip cegah jenayah, kempen cegah jenayah, pameran cawangan PDRM dan promosi VSP akan dikongsi bersama penduduk di akar umbi.

Ng juga mahu masyarakat menyimpan talian hotline pihaknya iaitu 082-244444 yang boleh dihubungi pada bila-bila masa sekiranya terdapat keperluan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Superitend­en Abang Junaidi Abang Annuar, Timbalan Ketua Polis Daerah (Kepolisian Am) Superitend­en Ismail Mahmood, Pengurus Besar Mydin Vista Tunku Sutaghani Ahmad Zainol dan Penghulu Demak Baru Junaidi Jainal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia