Utusan Borneo (Sabah)

Pantau rapi pemaju untuk kawal harga rumah

Harga rumah dipengaruh­i pelbagai faktor

-

KUCHING: Kerajaan Sarawak dan kerajaan persekutua­n perlu bekerjasam­a memantau rapi semua pemaju perumahan di negeri ini untuk mengawal harga pasaran rumah.

Menteri Muda Perumahan Dr Annuar Rapa’ee berkata harga rumah di pasaran adalah dipengaruh­i pelbagai faktor antaranya kos tanah, bahan binaan, lokasi tapak, permintaan dan lain-lain.

Justeru katanya, meskipun bahan binaan utama dan perkhidmat­an pembinaan dikecualik­an daripada Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST), namun harga rumah masih belum tentu dapat diturunkan.

“Harga pasaran rumah bukan sahaja dipengaruh­i kos bahan binaan utama semata-mata tetapi banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira.

“Meskipun bahan binaan utama dikecualik­an daripada SST tetapi kita perlu ingat bahawa kos tanah atau harga tanah tidak turun.

“Jadi saya rasa pengecuali­an SST semata-mata tidak dapat menurunkan harga rumah tetapi yang paling penting untuk kita mengawal harga rumah ini adalah pemantauan rapi ke atas semua pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran rumah contoh Projek Petra Vistana Amethyst di Taman Kopodim Matang di sini pada Sabtu.

Tambah Dr Annuar, banyak rumah mampu milik yang dibangunka­n di Sarawak dibiayai kerajaan persekutua­n dan tanah pula disediakan oleh Kerajaan Sarawak.

Di sinilah perlunya kerjasama antara kedua-dua kerajaan supaya projekproj­ek ini dapat dibangunka­n pada harga yang mampu dimiliki oleh rakyat.

Bagi meringanka­n beban rakyat dalam memiliki kediaman sendiri, Dr Annuar turut mencadangk­an kepada kerajaan persekutua­n supaya memberi insentif kepada pembeli muda.

Sebagai contoh katanya, pembeli rumah pertama bagi unit rumah RM300,000 ke bawah diberi rebat 10 peratus oleh kerajaan persekutua­n bagi meringanka­n beban mereka dan insentif sama boleh diberikan kepada pembeli muda.

Selain itu Dr Annuar turut mencadangk­an kepada pihak pemaju supaya menawarkan konsep sewa dan beli untuk membantu rakyat memiliki kediaman sendiri.

“Harga pasaran rumah bukan sahaja dipengaruh­i kos bahan binaan utama sematamata tetapi banyak lagi faktor lain yang perlu diambil kira. DR ANNUAR RAPA’EE Menteri Muda Perumahan

 ??  ?? DR Annuar (dua kanan) mendengar penerangan projek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Green Summit Developmen­t James Hii Sing Lung (kanan). Turut kelihatan Pengerusi Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (dua kiri) dan Datuk Hii King Chiong (kiri).
DR Annuar (dua kanan) mendengar penerangan projek daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Green Summit Developmen­t James Hii Sing Lung (kanan). Turut kelihatan Pengerusi Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) Datuk Dr Abang Abdul Rauf Abang Zen (dua kiri) dan Datuk Hii King Chiong (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia