Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan tubuh stesen minyak mini di luar bandar, Januari 2019

-

SIBU:Cadanganme­nubuhkan stesen minyak mini dan sistem kontena mudah alih (portable container system PCS) di pekan-pekan kecil dan kawasan luar bandar di negeri ini dijangka dilaksanak­an awal Januari tahun depan.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata usaha ini memerlukan kerjasama Kerajaan Sarawak, syarikat minyak dan masyarakat agar cadangan itu menjadi kenyataan.

Menurutnya, pembukaan stesen minyak mini dapat membantu menstabilk­an harga barang di kawasan luar bandar.

“Projek ini masih dalam peringkat perancanga­n dan kami juga perlu kerjasama daripada Kerajaan Sarawak.

“Kami perlu berbincang dengan banyak pihak dan mendapatka­n kerjasama mereka.

“Kami berharap dapat melaksanak­an projek ini pada awal Januari tahun depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Stesen Petronas Jalan Tunku Abdul Rahman 2, di sini pada Sabtu.

Ujarnya, di bawah kerajaan baharu, kerjasama di antara pihak kerajaan dan swasta dilaksanak­an dengan cara telus, adil dan kompetitif.

Ditanya sama ada hanya Petronas dijemput menubuhkan stesen mini dan PCS itu, Chong menjelaska­n bahawa ia terbuka kepada semua syarikat minyak beroperasi di Sarawak yang bersedia menyumbang ke arah tujuan itu.

“Syarikat-syarikat ini boleh menggunaka­n kaedah subsidi silang dengan keuntungan daripada stesen di bandarband­ar untuk menampung kos stesen di luar bandar yang mungkin mencatat margin keuntungan lebih rendah,” jelasnya.

Chong turut memberitah­u, pihaknya mengenal pasti 50 hingga 60 lokasi untuk pembukaan stesen minyak mini di pekan-pekan kecil dan pedalaman.

Dalam ucapannya, Chong berkata kerajaan membelanja­kan kira-kira RM2 bilion untuk subsidi mengekalka­n harga minyak.

Pemangku Ketua Perniagaan Runcit Petronas Dagangan Berhad (PDB) Abang Jimmy Abang Mordian dalam ucapannya berkata Stesen Petronas Jalan Tunku Abdul Rahman 2 menjadikan jumlah rangkaian stesen di negeri ini 90 stesen setakat ini.

Pada majlis sama, Pengarah Harapan Optima Sdn Bhd Wong Pik Chew turut memberi sumbangan kepada 60 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia Jaya dan sekolah pendidikan khas.

 ??  ?? CHONG (dua kiri) menyempurn­akan perasmian stesen Petronas ke-90 di Sarawak di Jalan Tunku Abdul Rahman Sibu pada Sabtu.
CHONG (dua kiri) menyempurn­akan perasmian stesen Petronas ke-90 di Sarawak di Jalan Tunku Abdul Rahman Sibu pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia