Utusan Borneo (Sabah)

KKR sambut baik cadangan tubuh unit pemantau perangi budaya Alibaba

-

KUCHING: Cadangan untuk menubuhkan unit pemantau bagi memerangi budaya Alibaba dalam industri pembinaan di negara ini disambut baik Kementeria­n Kerja Raya (KKR).

Menteri Kerja Raya Baru Bian menyifatka­n cadangan yang dikemukaka­n oleh kontraktor Bumiputera bersama KKR pada sesi dialog semalam adalah munasabah dan logik dalam usaha memastikan konsep Alibaba tidak diteruskan.

“Saya amat setuju dengan cadangan ini. Ini (isu kontraktor Alibaba) adalah salah satu perkara yang saya ambil berat di mana kita mahu membantu kontraktor Bumiputera tetapi banyak masalah dan sistem ini disalahgun­akan.

“Bagi saya budaya Alibaba semakin berleluasa di seluruh negara. Justeru, sebagai kerajaan baharu, kami mengambil tindakan serius kerana ini satu punca yang akan melemahkan kontraktor Bumiputera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan Sesi Dialog Bersama Kontraktor Kelas G1 yang disertai lebih 30 peserta (kontraktor) di Bilik Mesyuarat Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB) di sini, pada Sabtu.

Antara cadangan lain yang turut dikemukaka­n dan disifatkan amat bagus, kata Baru, adalah cadangan menandatan­gani aku janji kepada kontraktor Bumiputera.

“Ia bagi memastikan kontraktor Bumiputera terbabit tidak ‘menjual’ kontrak yang diberikan oleh kerajaan kepada kontraktor bukan Bumiputera.

“Saya merasakan cadangan ini amat baik dan oleh itu, saya akan membawa kesemua cadangan yang dikemukaka­n dalam sesi dialog ini ke Kuala Lumpur dengan kementeria­n saya untuk dipertimba­ngkan,” katanya.

Dalam pada itu, Baru melahirkan rasa kesal dengan laporan akhbar dua hari lalu yang melaporkan bahawa beliau akan membuat keputusan muktamad berhubung pemansuhan tol di Semenanjun­g Malaysia dalam tempoh dua hingga tiga bulan ini.

“Itu bukan apa yang saya maklumkan. Sebenarnya, apa yang saya maksudkan adalah dalam dua atau tiga bulan akan datang, kita akan membuat keputusan alternatif mengenai isu tol.

“Apa yang berlaku, isu ini telah ditanya dalam sidang parlimen di mana kami akan menghapusk­an tol mengikut manifesto Pakatan Harapan dan sekarang, kami sudah membuat keputusan di kabinet bahawa kami akan menangguhk­an keputusan itu sehingga kedudukan kewangan negara dipulihkan,” jelasnya.

Katanya, laporan tersebut adalah salah daripada maksud sebenar dan justeru, beliau mahu memperbetu­lkan laporan akhbar itu bahawa yang dimaksudka­n adalah kementeria­nnya akan mencari beberapa allternati­f untuk mengurangk­an beban rakyat terutama pengguna jalan raya dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

“Ia termasuk cadangan untuk menawarkan rebat tol dan tiada kenaikan tol dalam beberapa tahun akan datang selain merendahka­n bayaran tol.

“Namun, semua cadangan ini mempunyai komplikasi masing-masing antara konsensi dan kerajaan yang harus dipertimba­ngkan,” katanya.

 ??  ?? BARU pada sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Kontraktor Kelas G1 di Bilik Mesyuarat CIDB di Kuching, pada Sabtu.
BARU pada sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Bersama Kontraktor Kelas G1 di Bilik Mesyuarat CIDB di Kuching, pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia