Utusan Borneo (Sabah)

Minimum RM2.5 bilion diperlukan bina semula sekolah kritikal daif

-

KUCHING: Sarawak mengharapk­an sekurangku­rangnya RM2.5 bilion peruntukan daripada kerajaan persekutua­n pada bajet tahun depan bagi tujuan membina semula sekolah kritikal daif di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, RM2.5 billion itu hanya untuk membina separuh daripada sekolah kritikal daif di Sarawak.

“Di Sarawak daripada 1,020 sekolah daif, 415 adalah yang kritikal yang tidak dapat diperbaiki atau dibaik pulih melainkan dibina semula.

“Bagi melaksanak­an semua ini kita menganggar­kan minimum RM5 bilion, tapi di mana kita mahu mendapatka­n peruntukan sebanyak itu, maka kita berharap mereka (kerajaan persekutua­n) dapat memperuntu­kkan separuh iaitu RM2.5 bilion untuk setahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Hadiah Junior Innovate & Sarawak Next Sparks 2018 anjuran Saradise yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Saradise Datuk Chris Chung di Saradise Innovation Space di sini, pada Sabtu.

Tambah Manyin, pihaknya telah menganggar­kan perbelanja­an berkenaan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak.

Beliau memberitah­u, selain daripada 415 sekolah kritial daif itu, sekolah daif lain masih boleh diselengga­ra dan dibaik pulih.

“Bagi yang kritikal kita memang perlu membina semula sekolah terbabit dan untuk makluman bagi membina sebuah sekolah rendah, bangunan sahaja memerlukan kos dalam lingkungan RM20 juta.

“Ia tidak termasuk kerjakerja asas pembinaan lain yang bergantung kepada tapak sekolah berkenaan,” tegasnya.

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang memberitah­u sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih, lebih 10 peratus sekolah daif dapat diperbaiki dan dipulih, Manyin berkata secara umumnya beliau tidak mengetahui sama ada ia termasuk di Sarawak.

“Tidak dinyatakan bahawa 10 peratus itu di Sarawak dan saya tidak tahu di mana sekolah yang dinyatakan.

“Mungkin 10 peratus itu adalah sekolah di Semenanjun­g tetapi bagi Sarawak saya amat jelas mengenainy­a,” katanya.

Manyin berkata, sehingga kini kerajaan pusat di bawah Pakatan Harapan belum ada melaksanak­an mana-mana projek membaik pulih atau membina semula sekolah daif di negeri ini.

 ??  ?? MANYIN (tiga kanan) bersama yang lain mendengar penjelasan wakil murid menyertai ‘Junior Innovate & Sarawak Next Sparks 2018’ yang mempamerka­n produk hasil kreativiti mereka.
MANYIN (tiga kanan) bersama yang lain mendengar penjelasan wakil murid menyertai ‘Junior Innovate & Sarawak Next Sparks 2018’ yang mempamerka­n produk hasil kreativiti mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia