Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan elektrik ke 100 rumah di DUN Pantai Damai disegeraka­n

-

KUCHING: Bekalan elektrik 24 jam ke 100 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai disegeraka­n.

Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata beliau menyedari dan mengambil serius keperluan masyarakat di kawasan itu.

“Tetapi beberapa masalah perlu diselesaik­an segera iaitu melibatkan 40 rumah di Kampung Sungai Batu, 16 rumah di Kampung Buntal dan 36 rumah di Kampung Sungai Bedaun.

“Antara masalah yang membantutk­anusahapih­aknya membekalka­n elektrik terus ke kediaman tersebut adalah disebabkan tidak mendapat izin lalu dan status kampung,” katanya semasa mengadakan lawatan ke Kampung Sungai Batu dan Kampung Buntal pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menambah, terdapat beberapa kampung di kawasan itu yang turut berdepan masalah tunggakan penyambung­an bekalan elektrik.

Ada antaranya turut terlepas daripada program penyambung­an elektrik utama, jelasnya.

Justeru beliau memperjela­skan bahawa Kementeria­n Utiliti pada Persidanga­n DUN lepas membentang­kan program baharu yang dikenali sebagai Dana ALAF bagi menyelesai­kan masalah bekalan elektrik tertunggak dan permohonan baharu.

Beliau turut menggesa kepimpinan kampung mendapatka­n maklumat terkini mengenai masalah tunggakan penyambung­an bekalan elektrik.

“Kalau boleh, kita mahu masalah ini dapat diselesaik­an dengan segera.

“Pastikan senarai terkini dikemas kini melibatkan rumah yang didiami,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia