Utusan Borneo (Sabah)

Ketua masyarakat, kaum digesa kuasai teknologi

-

SIBU: Residen Bahagian Sibu Charles Siaw menggesa ketua-ketua masyarakat dan kaum menguasai teknologi dalam menjalanka­n rutin tanggungja­wab mereka.

Katanya, pengetahua­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting kerana ia sejajar dengan peredaran zaman yang pesat dengan ledakan teknologi.

“Anda harus melengkapk­an diri dengan ilmu pengetahua­n dan kemahiran agar dapat memberi perkhidmat­an lebih berkesan kepada masyarakat sejajar dengan zaman teknologi masa kini.

“Kita perlu menjadikan tanggungja­wab sebagai pemimpin dalam peringkat akar umbi terus relevan sejajar dengan teknologi masa kini,” katanya pada Majlis Penyerahan Sijil Ketua Kaum (Kapitan dan Tuai Rumah) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan di sini baru-baru ini.

Hadir sama Temenggung

SIAW (empat kiri) menyampaik­an sijil pelantikan tuai rumah kepada salah seorang penerima di Sibu.

Stanley Gramong Bandar, Pemanca James Semilan serta ketua-ketua masyarakat.

Siaw berkat ketua masyarakat dan kaum perlu menekankan rangkaian kerjasama baik dengan semua agensi kerajaan bagi memastikan polisi dan program kerajaan dapat dilaksanak­an.

“Sebagai ketua masyarakat dan ketua kaum anda harus sentiasa berfikiran terbuka, sanggup berkongsi pengalaman bersama rakan sekerja, sedia bekerja secara berpasukan, bersikap profesiona­l dan sentiasa bersikap ikhlas, jujur dan amanah,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berharap ketua kaum dan ketua masyarakat berkhidmat dengan bijak dan saksama sejajar dengan aspirasi dan slogan Kerajaan Sarawak ‘An Honour To Serve’.

Pada majlis tersebut, seramai 23 ketua kaum dan ketua masyarakat menerima sijil pelantikan masingmasi­ng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia