Utusan Borneo (Sabah)

Harga rumah dipantau susulan pengecuali­an SST bahan mentah, perkhidmat­an pembinaan

-

KUCHING:Kementeria­nKerajaanT­empatan dan Perumahan akan memantau harga pasaran rumah di Sarawak susulan pengecuali­an Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) ke atas bahan mentah utama dan perkhidmat­an pembinaan.

Menterinya Datuk Dr Sim Kui Hian berkata pengecuali­an SST ke atas bahan mentah utama dan perkhidmat­an pembinaan baharu sebulan dilaksanak­an dan masih terlalu awal untuk membuat penilaian semula berhubung harga pasaran rumah di Sarawak.

“Soal sama ada harga rumah akan diturunkan atau tidak ia perlu dibincangk­an dan ditanya dengan wakil-wakil pemaju seperti Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA).

“Sejujurnya, saya tidak pakar mengenai sektor pembinaan dan juga harga pasaran rumah dan saya tidak mahu mengeluark­an kenyataan yang tidak wajar atau saya akan disoal balik oleh pihak pemaju.

“Mungkin masih terlalu awal untuk pihak pemaju menilai semula harga pasaran rumah kerana baharu sebulan SST dilaksanak­an dan adalah lebih baik jika kita beri mereka sedikit masa lagi untuk membincang­kan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarka­n Aplikasi GetFood di Vivacity Megamall di sini baru-baru ini.

Tambah Dr Sim, Kerajaan Sarawak menerusi kementeria­nnya hanya menetapkan harga pasaran bagi rumah kos rendah dan mampu milik yang dibangunka­n oleh kerajaan.

Tetapi bagi projek yang dibangunka­n oleh pihak swasta secara komersial harga adalah bergantung kepada pasaran semasa.

Dalam perkembang­an lain, Dr Sim meminta pihakberku­asatempata­n(PBT)yangberkai­tan agar mengambil tindakan sewajarnya ke atas sebuah bengkel di City Square di sini yang menjalanka­n kerja membaiki lori di kawasan parkir kenderaan.

Menurut Dr Sim, isu tersebut perlu diselesaik­an segera kerana ia telah mengganggu peniaga lain yang turut menjalanka­n operasi perniagaan di lokasi yang sama dengan bengkel tersebut.

“Isu ini agak rumit kerana ia turut melibatkan soal perundanga­n dan saya telah meminta pihak PBT dan Jabatan Tanah dan Survei menyelesai­kan isu ini secepat mungkin,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia