Utusan Borneo (Sabah)

Keuntungan tinggi bon AS membawa kepada aliran masuk dana rendah

Perolehan rendah sektor korporat yang dilaporkan mengurangk­an minat pelabur

-

KUALALUMPU­R:Keuntungan­yang tinggi terhadap kertas bon Amerika Syarikat mencetuska­n reaksi yang agak spontan dalam kalangan pelabur minggu ini, menyebabka­n pasaran tempatan merekodkan sedikit penyusutan terhadap aliran kemasukan dana bersih, kata Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities, Pong Teng Siew.

Pada asas Khamis ke Khamis, aliran masuk bersih susut kepada kira-kira RM140 juta daripada RM223.2 juta minggu lalu.

Pong berkata, keuntungan bond Amerika Syarikat (AS) yang tinggi berpotensi mempercepa­tkan penilaian semula kadar faedah AS.

“Peningkata­n kadar faedah akan mendatangk­an kesan kepada pasaran hartanah AS, walaupun ia akan memberi faedah kepada sektor kewangan. Ia adalah alasan yang mencukupi untuk menyebabka­n pasaran menjadi gelisah,” katanya kepada Bernama.

Pong juga berkata, perang perdaganga­n antara AS dan China turut menjadi fokus semula dengan Naib Presiden AS, Mike Pence menuduh China campur tangan dalam hubungan antarabang­sanya.

Ini mengalihka­n sengketa perdaganga­n kepada ruang lingkup yang berbeza sama sekali, jelasnya. “Pada masa ini, ia lebih daripada perang perdaganga­n, ia membabitka­n politik.”

Dari sudut pandangan dalam negeri, Pong berkata, perolehan yang rendah sektor korporat yang dilaporkan mengurangk­an lagi minat pelabur.

Gambaran keseluruha­n sektor korporat kekal tidak menarik dan pelabur tempatan secara beransuran­sur berhenti menyokong pasaran, katanya.

“Indeks penanda aras di Bursa Malaysia berada dalam aliran tinggi sehingga 28 Ogos kerana dana tempatan masih membeli dan berupaya mengimbang­i aliran keluar asing, sementara pada September, dana berkenaan mula memasuki pasaran tetapi pelabur tempatan berhenti menyokong pasaran disebabkan musim laporan kewangan yang tidak memberangs­angkan,” jelasnya.

Jumlah aliran kemasukan bersih sejak permulaan September adalah RM206.6 juta.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata prospek berhubung kadar faedah yang tinggi di AS sentiasa menjadi faktor asas yang menentukan corak aliran dana asing.

“Ini adalah benar apabila terdapat tanda-tanda bahawa ekonomi AS semakin baik, yang menyebabka­n kadar inflasi kekal pada tahap tinggi, justeru, ia menyokong sebab untuk peningkata­n kadar seterusnya pada Disember dan kemudianny­a pada 2019. - Bernama

“Keuntungan bond Amerika Syarikat (AS) yang tinggi berpotensi mempercepa­tkan penilaian semula kadar ” faedah AS. PONG TENG SIEW

Ketua Penyelidik­an Inter-Pacific Securities

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia