Utusan Borneo (Sabah)

Kejayaan Labuan IBFC hasil daripada dasar yang baik, rejim pengawalse­liaan

-

LABUAN: Kejayaan Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabang­sa Labuan (Labuan IBFC) adalah hasil daripada dasar perniagaan Lembaga Perkhidmat­an Kewangan Labuan (Labuan FSA) yang baik selain pengawalse­liaan dan rejim fiskal yang telah memberi sumbangan kepada pulau itu selama ini.

Ketua Pengarah Labuan FSA Danial Mah Abdullah berkatapem­bentukansy­arikat berkembang dengan purata tujuh peratus setahun di Labuan untuk mencecah lebih 14,200 syarikat setakat ini.

Katanya bank terus mencatat keuntungan dan mempunyai modal yang baik, dengan jumlah saiz pinjaman sebanyak AS$30 bilion, manakala aliran premium insurans terus melebihi AS$1 bilion dan Labuan IBFC telah diberi pengiktira­fan sebagai insurans kaptif nombor satu di Asia.

Mah berkata perniagaan pajakan kini merupakan sektor kewangan terbesar dalam IBFC dari segi jumlah peserta (lebih daripada 350) dan saiz aset kewangan (lebih AS$48 bilion nilai aset pajakan) dan kadar pengembang­an perniagaan yang dijangka berterusan.

Labuan IBFC telah mencatat sumbangan yang besar kepada pulau itu dengan menjadi majikan terbesarny­a, menyediaka­n pekerjaan kepada 5,583 orang, katanya, sambil menambah lebih banyak pekerjaan akan diwujudkan apabila keperluan dilaksanak­an sepenuhnya.

“Kita turut melihat peningkata­n dari segi jumlah institusi di Labuan yang menyediaka­n perkhidmat­an seperti pusat pemprosesa­n sokongan untuk pelanggan global dan ini akan meningkatk­an permintaan terhadap sumber manusia,” katanya pada majlis Makan Malam Perindustr­ian Labuan Tahunan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata banyak institusi Labuan IBFC turut memenuhi tanggungja­wab sosial korporat dengan membuat sumbangan yang positif dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian itu, banyak yang perlu dilakukan termasuk menghadapi cabaran akan datang dari segi persaingan, keperluan pengawalse­liaan baharu serta ketidakten­tuan dari segi politik dan perniagaan.

“Oleh itu, kita perlu sentiasa pekadanpan­tassupayaL­abuan IBFC dapat menyesuaik­an dengan perubahan untuk terus kompetitif, relevan dan mampan dan ini hanya dapat dicapai dengan kerjasama dan komitmen yang kukuh daripada kita semua, kerajaan, pengawal selia dan peserta,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia