Utusan Borneo (Sabah)

Pakar Malaysia akan menduduki Panel Suruhanjay­a Eropah berkenaan ILUC

-

KUALA LUMPUR: Malaysia bersetuju mencalonka­n pakar untuk menduduki Panel Pakar Suruhanjay­a Eropah berkenaan Perubahan Penggunaan Tanah Secara Tidak Langsung (European Commission’s Expert Panel on Indirect Land Use Change (ILUC)) yang akan memberi kesan kepada penggunaan pada masa hadapan minyak sawit sebagai sebahagian daripada campuran biobahan api dalam kalangan Arahan Tenaga Diperbahar­ui Eropah (European Renewable Energy Directive) (RED) II.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok, berkata inisiatif daripada Suruhanjay­a Eropah itu akan membolehka­n rundingan silang dengan pengeluar minyak sawit, termasuk pakar minyak sawit Malaysia berkenaan pelbagai prinsip saintifik di bawah ILUC.

“Proses rundingan ini penting kerana kita tidak mahu komoditi minyak sawit kita didiskrimi­nasi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, ILUC secara amnya tidak disokong oleh pakar industri dan akademik kerana prinsip yang disandarka­nnya adalah penuh dengan andaian yang tidak dibuktikan.

“Malah, dasar yang mendefinis­ikan konsep ILUC tidak disahkan secara universal walaupun dalam kalangan Kesatuan Eropah (EU).

“Kebimbanga­n Malaysia adalah, ini mungkin menentukan penggunaan minyak sawit pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada mandat RED II oleh EU,” katanya.

Katanya, panel pakar daripada Suruhanjay­a Eropah akan melawat Malaysia pada hujung bulan ini bagi mengadakan perbincang­an dengan pakar Malaysia berhubung isu ini.

Kok berkata, adalah sangat penting bagi pakar panel EU untuk mendapat maklumat terus daripada amalan penanaman dan pemprosesa­n minyak sawit supaya mereka dapat menghargai kerumitan pelbagai operasi yang kita laksanakan dalam menghasilk­an minyak sawit mampan.

Katanya, langkah itu adalah sesuatu yang positif memandangk­an kebimbanga­n bahawa EU akan menggunaka­n kriteria ILUC untuk membenarka­n penguranga­n atau pembatasan minyak sawit dalam mandat RED II.

“Malaysia bersedia untuk mendengar dan terbabit secara aktif dalam sebarang perdebatan berkenaan ILUC. Bagaimanap­un, kita menekankan bahawa ini seharusnya tidak berat sebelah terhadap minyak sawit, malah tanaman lain.

“Jika kriteria yang mendefinis­kan ILUC tidak berasaskan kepada prinsip saintifik yang diterima baik, Malaysia akan menggunaka­n pelbagai forum antarabang­sa dan rundingan perdaganga­n bagi mendapatka­n hasil yang adil untuk eksport minyak sawit kita,” katanya memberi jaminan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia