Utusan Borneo (Sabah)

Bursa Malaysia dijangka catat dagangan jajaran kecil

Pelabur turut cari lebih banyak pemangkin pasaran daripada Kajian Separuh Penggal RMK11, Bajet 2019

-

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka mengekalka­n dagangan jajaran kecil minggu ini dan berada antara 1,805 dan 1,776 mata dengan ketidakten­tuan luaran dijangka mengehadka­n potensi peningkata­n, kata ahli ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pasaran akan menumpukan kepada beberapa pengumuman mengenai ekonomi di China, daripada pelaburan langsung asing, bekalan wang kepada pinjaman baharu China.

“Selain itu, Tabung Kewangan Antarabang­sa akan memberi maklumat terkini mengenai unjuran ekonomi dunia pada 9 Oktober, selain pengumuman mengenai unjuran ekonomi baharu,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata mungkin, tema mengenai ketegangan perdaganga­n, monetari global yang ketat yang menunjukka­n prospek ekonomi global mencabar pada 2019.

Di peringkat tempatan, katanya pelabur akan turut mencari lebih banyak pemangkin pasaran daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) dan Bajet 2019, masing-masing dijadual diumumkan pada 18 Okt dan 2 Nov.

Pasaran mencari penggubala­n dasar yang lebih jelas pada masa depan, katanya.

Bagi minggu baharu berakhir, bursa tempatan diniagakan dalam jajaran kecil, menjejaki pasaran Asia utama dan pasaran saham AS.

Pada Jumaat, ia terus menyusut, susulan laporan pekerjaan US Automatic Data Processing Inc, yang menunjukka­n keadaan ekonomi AS yang positif.

Data menunjukka­n pekerjaan dalam sektor swasta ASmeningka­tpadaSepte­mber, berikutan majikan menambah 230,000 pekerjaan, dan ini melebihi jangkaan pasaran sebanyak 179,000.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, petunjuk pasaran FBM KLCI ditutup rendah 16 mata kepada 1,777.15.

Indeks FBM Emas susut 125.59 mata kepada 12,407.63, Indeks FBMT100 merosot 122.21 mata kepada 12,214.63 dan Indeks FBM Emas Shariah berkuranga­n 166.74 mata kepada 12,511.82.

FBM 70 turun 194.14 mata kepada 14,679.12, manakala FBM Ace susut 156.63 mata kepada 5,230.06.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan jatuh 87.33 mata kepada 17,712.12, Indeks Perladanga­n susut 57.51 mata kepada 7,482.43, dan Indeks Produk Perindustr­ian dan Perkhidmat­an merosot 0.56 mata kepada 177.00.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 9.2 bilion unit bernilai RM9.18 bilion daripada 8.17 bilion unit bernilai RM8.85 bilion.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 6.33 bilion saham bernilai RM8.49 bilion berbanding 5.74 bilion saham bernilai RM8.28 bilion dicatatkan pada Jumaat lepas.

Jumlah dagangan waran naik kepada 1.64 bilion unit bernilai RM392.29 juta berbanding 1.11 bilion unit bernilai RM236.76 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.54 bilion saham bernilai RM297.83 juta daripada 1.32 bilion saham bernilai RM328.55 juta. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia