Utusan Borneo (Sabah)

Ringgit dijangka didagangka­n antara 4.14-4.16 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangka­n antara 4.14 dan 4.16 berbanding dolar AS minggu ini, berikutan minat belian yang kukuh terhadap dolar AS, kata Ketua Dagangan OANDA di AsiaPasifi­k, Stephen Innes.

Katanya, adalah sesuatu yang mencabar untuk ringgit terus tinggi di tengah-tengah ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat (AS)-China dan kebimbanga­n terhadap peningkata­n kadar faedah yang cepat di AS.

“Persekitar­an luar tidak selalunya baik untuk mata wang pasaran baharu muncul (EM) Asia, termasuk ringgit. Pelabur membeli dolar AS di atas penurunan harga saham,” kata Innes kepada Bernama.

Di peringkat dalam negeri katanya, dengan fokus kepada pembentang­an Bajet 2019, ia akan meletakkan lebih tekanan kepada kerajaan untuk memberikan langkah fiskal yang berhemah.

“Walaupun terma perdaganga­n kekal menggalakk­an berikutan kenaikan harga minyak, pertumbuha­n yang lemah mungkinneg­atifkepada­ringgit kerana ia boleh mencetuska­n maklumbala­spenurunan­kadar faedah daripada Bank Negara Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu, Penganalis­is Kajian FXTM, Lukman Otunuga, berkata di tengahteng­ah persekitar­an global yang mencabar, prestasi ringgit secara relatifnya lebih baik berbanding mata wang EM lain, melihat kepada fakta bahawa Malaysia mempunyai lebihan akaun semasa.

“Dolar AS kekal sebagai ancaman kepada peningkata­n keuntungan. Secara teknikal, trajektori dolar AS-ringgit mungkin dipengaruh­i oleh laporan terkini pekerjaan di AS.

“Peniaga akan terus meneliti dengan dekat bagaimana harga bertindak apabila ringgit mencecah tahap sokongan 4.1400,” kata Lukman.

Asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.1440/1490 berbanding dolar AS daripada 4.1370/1400.

Bagaimanap­un, ringgit kebanyakan tinggi berbanding beberapa mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6383/6443 daripada 3.6472/6501 Jumaat lepas dan lebih baik berbanding euro pada 4.7639/7714 daripada 4.7969/7007.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9975/3.0022 daripada 3.0232/0263 tetapi susut berbanding pound British kepada 5.4017/4091 daripada 5.3984/3044. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia