Utusan Borneo (Sabah)

PTKL diniagakan rendah minggu ini

-

KUALALUMPU­R:Pasaran Timah Kuala Lumpur (PTKL) dijangka diniagakan kurang menggalakk­an minggu ini berikutan pelabur menantikan hala tuju baharu dan insentif untuk mendorong pasaran lebih jauh.

Peniaga berkata dengan pengukuhan dolar AS dan ketegangan perdaganga­n yang berterusan antara AS dan China, pasaran menjadi turun naik dan tanpa mempunyai insentif baharu, minat peniaga terus merosot.

“Sejak akhir Jun, kita jarang mencecah paras AS$20,000. Kita memerlukan rangsangan untuk mendorong pasaran bagi meningkatk­an permintaan,” katanya kepada Bernama.

Selain harga timah dipengaruh­i oleh prestasi logam itu di penanda aras Bursa Logam London (LME), pengguna terbesar di dunia, China mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Ada yang bersedia untuk keadaan paling teruk dan ini bukan petanda yang baik bagi mana-mana pasaran,” kata peniaga.

Harga PTKL dijangka berada antara AS$18,800 dan AS$19,000 minggu ini.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, harga PTKL susut AS$30 kepada AS$18,920 satu tan dan jumlah dagangan bagi minggu ini naik kepada 204 tan daripada 170 tan minggu lepas.

Sementara itu, harga timah di LME merosot AS$95 kepada AS$18,950 satu tan.

Sepanjang minggu ini, permintaan belian adalah dari China, Korea Selatan, Jepun, Taiwan, Jerman, UK, Pakistan, dan Bangladesh.

Perbezaan harga antara PTKLdanLME­bagiminggu baru berakhir berada pada diskaun AS$30 daripada premium AS$125 satu tan minggu lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia