Utusan Borneo (Sabah)

MSM dijangka berada dalam jajaran kecil

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka berada dalam jajaran kecil dan bergerak antara RM2,100 dan RM2,160setanmi­ngguini,di tengah-tengah peningkata­n ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-China, kata peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh, berkata ini berikutan jangkaan pertumbuha­n ekonomi dunia seterusnya untuk tahun ini dan tahun depan oleh Pertubuhan Perdaganga­n Dunia yang dilihat akan suram.

“Penilaian mata wang di Indonesia, Turki dan Venezuela dilihat melencong, bagaimanap­un minyak sawit kelihatan memberikan prestasi yang baik dalam keadaan ini,” katanya kepada Bernama.

Teh berkata, Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluark­an angka pengeluara­n negara dan eksport pada 10 Oktober yang dapat membuka aktiviti pasaran minggu ini.

Asas Jumaat ke Jumaat, Oktober 2018 meningkat RM21 kepada RM2,139 setan, November 2018 menambah RM23 kepada RM2,166 setan, Disember 2018 meningkat RM47 pada RM2,221 setan dan Januari 2019 meningkat RM65 kepada RM2,284 setan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 224,015 lot daripada 219,113 lot sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka susut pada 300,875 kontrak daripada 339,621 kontrak minggu lepas.

Di pasaran fizikal, September Selatan tidak berubah pada RM2,130 setan sejak minggu lepas. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia