Utusan Borneo (Sabah)

Konsert ‘Afgan DEKADE Live In Kuala Lumpur 2018’

-

PENYANYI dan penulis lagu terkemuka dari negara seberang Indonesia, Afgan akan kembali ke Malaysia untuk meraikan sambutan ulang tahun sedekad dalam industri muzik melalui Konsert DEKADE Live in Kuala Lumpur 2018 pada 3 November 2018 (Sabtu) bertempat di Plenary Hall, KL Convention Centre.

Dianjurkan oleh Nizra Production Sdn Bhd, konsert ini merupakan hadiah istimewa dari Afgan buat peminat setia beliau sepanjang 10 tahun pembabitan dalam industri muzik.

Konsert intim ini akan membawa penonton menyaksika­n rangkuman perjalanan karier Afgan bermula dari album pertama, ‘Confession No.1’ pada 2008 hingga album terkini beliau berjudul, ‘DEKADE’.

Album terbaru Afgan ‘DEKADE’ yang telah dilancarka­n baru-baru ini mengandung­i 14 buah lagu termasuk tiga buah lagu dari album terdahulu.

Terkenal dengan kekuatan vokal yang tersendiri, konsert yang menyaksika­n Maybank selaku penaja rasmi ini pastinya akan membuai perasaan peminat Afgan sambil melihat perjalanan dan transforma­si beliau bukan sahaja sebagai penyanyi malah perkembang­an muzik Afgan sendiri.

Konsert ini dianggap begitu dekat dan bermakna buat Afgan kerana ia akan memperliha­tkan rangkuman pengaruh muzik yang membentuk kematangan beliau dalam industri hari ini.

Tiket konsert dijual pada harga RM288 (Silver), RM588 (Gold), RM888 (Platinum) dan RM1288 (Diamond VVIP).

Bagi pembeli tiket Diamond VVIP, akan menerima pas Meet and Greet berserta CD dan poster yang ditandatan­gani sendiri oleh Afgan.

Manakala, berita baik buat pemegang kad debit dan kad kredit Maybank, sebanyak 10% diskaun ditawarkan untuk setiap pembelian tiket bagi semua kategori.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila layari https:// premier.ticketchar­ge.com. my atau hubungi Hotline di talian 03-9222 8811.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia