Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran Tun M mampu bantu lonjak sokongan kepada Anwar: Wan Azizah

-

PORT DICKSON: Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin gandingan bahu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir esok dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson akan mampu melonjakka­n lagi sokongan kepada Ketua Umum PKR itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga merupakan sesuatu yang positif kepada kempen Anwar.

“Alhamdulil­lah kita memang rasa bangga dan terharu kerana Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri selalunya tidak datang kempen Pilihan Raya Kecil namun dia pilih untuk datang ke Port Dickson untuk beri sokongan dan kempen kepada saudara Anwar,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir Karnival Mini Keluarga Bestari di Taman Intan Perdana, di sini.

Dr Mahathir dijadualka­n hadir ke Port Dickson Isnin malam dan akan berganding­an semula dengan Anwar di atas satu pentas selepas 20 tahun.

KerusiParl­imenPortDi­cksondikos­ongkan penyandang­nya Datuk Danyal Balagopal Abdullah, 68, pada 12 Sept lepas bagi memberi laluan kepada Anwar yang barubaru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Hari mengundi ditetapkan pada 13 Okt manakala pengundian awal 9 Okt.

Parlimen Port Dickson memiliki 75, 770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus).- Bernama

 ??  ?? DR Wan Azizah (tiga,kiri) bersalaman dengan para penduduk pada Program Karnival Mini Keluarga Bestari sewaktu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Taman Intan Perdana, Telok Kemang, pada Ahad. -Gambar Bernama
DR Wan Azizah (tiga,kiri) bersalaman dengan para penduduk pada Program Karnival Mini Keluarga Bestari sewaktu berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 Port Dickson di Taman Intan Perdana, Telok Kemang, pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia