Utusan Borneo (Sabah)

PRK Port Dickson: Anggota Kabinet tidak boleh berkempen waktu bekerja

-

PUTRAJAYA:Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) mengingatk­an anggota Kabinet dan anggota politik yang memegang jawatan dalam kerajaan supaya tidak menjalanka­n aktiviti berkempen dalam waktu bekerja pada Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun dalam kenyataann­ya pada Ahad berkata, aktiviti berkempen dalam waktu bekerja merupakan satu penyalahgu­naan masa bekerja.

“Mereka (anggota Kabinet) harus peka dengan perbezaan di antara tugas-tugas mereka sebagai anggota pentadbira­n kerajaan dan sebagai anggota ataupun pemimpin parti,” katanya lagi.

Tambah Azhar, anggota Kabinet tidak seharusnya­danjangans­ekali-kalimenggu­nakan aset-aset ataupun fasiliti-fasiliti kerajaan bagi tujuan berkempen.

Jelas beliau, pengumuman projek kemajuan di Port Dickson atau janji sekiranya menang berkemungk­inan menjadi satu kesalahan pilihan raya dan boleh dijadikan alasan untuk menidaksah­kan pilihan raya dalam apa-apa petisyen pilihan raya yang mungkin difailkan.

Mengenai isu kebenaran kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memasuki kem tentera sementara calon Pas tidak dibenarkan, SPR menyaranka­n agar pihak kem tentera mahupun Kementeria­n Pertahanan memberikan peluang berkempen yang sama rata kepada semua calon tertakluk kepada apa-apa prosedur keselamata­n kem.

“Adalah tidak adil dan saksama sekiranya seseorang calon itu dibenarkan masuk berkempen di dalam kem tentera dan pada masa yang sama calon-calon yang lain tidak dibenarkan berbuat demikian,” kata Azhar.

Jelas beliau, tindakan tersebut bercanggah dengan prinsip dan semangat demokrasi dan kewujudan aktiviti berkempen yang adil dan saksama. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia