Utusan Borneo (Sabah)

Calon Pas mahu jadikan Port Dickson hab pengeluara­n Musang King

-

PORT DICKSON: Calon Pas bagiPiliha­nRayaKecil(PRK) Parlimen Port Dickson Mohd Nazari Mokhtar berhasrat menjadikan daerah itu sebagai hab pengeluara­n durian Musang King terkemuka di Asia sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 13 Okt ini.

Pengusaha tanaman durian Musang King di Kulai, Johor itu juga mahu menjadikan raja buah tersebut sebagai ikon baharu pelanconga­n di Port Dickson.

Pesara Tentera Udara Diraja Malaysia itu, berkata perancanga­n berkenaan dilihat mampu menjadi tarikan terbaharu pelancong ke pusat peranginan berkenaan sekali gus dapat menjadi pemangkin ekonomi penduduk setempat.

“Di sini (Port Dickson) banyak tanah tetapi tidak diusahakan dan sekiranya saya diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi pemimpin mereka, saya akan pastikan kawasan ini diusahakan dengan tanaman durian Musang King.

“Kita boleh mewujudkan pakej pelanconga­n baharu merangkumi percutian ke pantai, melawat dusundusun serta makan durian Musang King yang cukup digemari pelancong dari China, Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong,” katanya kepada Bernama, di sini pada Ahad.

Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera itu berkata perkara terbabit tidak mustahil dilaksanak­an seperti mana Perlis terkenal dengan mangga harumanis.

“Sekiranya menduduki kerusi Parlimen, semestinya saya mempunyai akses kepada pihak-pihak tertentu serta agensi-agensi berkaitan. Ia akan membuka ruang lebih luasuntuks­ayamereali­sasikan perancanga­n ini.

“Saya juga akan menggunaka­n pengalaman yang ada serta ‘networking’ dalam bidang ini bagi mengenal pasti lokasi terbaik untuk membangunk­an tanaman Musang King selain memperkasa sektor pertanian sedia ada di daerah ini,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia