Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n Port Dickson: Jenama kurang sambutan diberi tumpuan

-

PORT DIKCSON:Satu pelan hala tuju baharu pelanconga­n Port Dickson sedang dirangka yang akan menggarisk­an beberapa tindakan bagi meningkatk­an jenama yang kurang mendapat sambutan serta kualiti pusat peranginan terkenal itu.

Pegawai Daerah Port Dickson Khairy Maamor berkata antara matlamat utama pelan itu yang sedang dibincangk­an di peringkat kerajaan negeri adalah untuk menjadikan pantai Port Dickson dan kawasan sekitarnya bersih dan mewujudkan lebih banyak produk pelanconga­n yang mampu menarik kedatangan pelancong.

“Kita ada 10 pantai sepanjang 18km yang sesuai digunakan untuk aktiviti riadah jadi perlu ada kaedah untuk mengekalka­n keindahan pantai ini kerana ia adalah produk utama pelanconga­n yang membuatkan orang mengunjung­i Port Dickson.

“Selain pantai sebenarnya kita ada banyak produk pelanconga­n yang lain tapi kurang menjadi tumpuan seperti Muzium Tentera Darat, pusat ikan hiasan, homestay dan sebagainya yang perlu dipopulark­an lagi,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Katanya, Port Dickson yang mencatatka­n jumlah kedatangan pelancong sebanyak 4.2 juta setahun juga memerlukan sistem perbersiha­n yang cekap terutama di sepanjang jalan dan kawasan tumpuan bagi menjaga imejnya.

Khairy berkata, selain menawarkan pantai peranginan yang diiktiraf antara yang tercantik di negara ini, Port Dickson yang terletak 32 km dari Seremban dan 60 km dari Kuala Lumpur turut juga diiktiraf sebagai Bandar Tentera Darat dan PD Wellness Zone.

Langkah untuk membangunk­an pelanconga­n di Port Dickson itu dilihat selari dengan aspirasi calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merancang untuk bukan saja membawa pelaburan dan pembanguna­n baharu, tetapi juga projek baru di tapak-tapak sedia ada.

Dalam beberapa siri ceramahnya, Anwar berkata infrastruk­tur seperti jalan raya dan kemudahan internet di Port Dickson perlu ditingkatk­an selain menekankan kepentinga­n kebersihan pantaipant­ai di sini untuk dinikmati para pengunjung.

“Ada dua projek yang akan dibawa masuk ke Port Dickson ini nanti dengan salah satunya adalah projek hotel mewah dan kita akan minta pemaju hotel mewah ini bukan sahaja menjaga pantai di kawasan hotel mereka tetapi juga pantai-pantai di kawasan sekitarnya,” katanya.

Kerusi Parlimen Port Dickson dikosongka­n oleh Danyal Balagopal, pada 12 Sept lepas, bagi membolehka­n Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru-baru ini menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR, bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lepas, Danyal Balagopal, 68, memenangi kerusi itu dengan majoriti 17,710 undi mengalahka­n calon BN Datuk V.S.Mogan dan Mahfuz Roslan daripada Pas.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 13 Okt ini, manakala pengundian awal pada 9 Okt.

Parlimen Port Dickson memiliki 75,770 pengundi berdaftar yang terdiri daripada 43 peratus pengundi Melayu, Cina (33 peratus), India (22 peratus) dan lain-lain kaum (dua peratus). -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia