Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan mula melimpahi Palu

Lebih 200,000 terjejas akibat bencana berganda 29 September

-

PALU: Bantuan tiba semalam di Palu yang musnah akibat bencana selepas kelewatan selama beberapa hari manakala usaha dipertingk­atkan untuk sampai kepada 200,000 orang yang amat memerlukan bantuan ekoran gempa bumi dan tsunami dahsyat yang berlaku di bandar Indonesia itu.

Pesawat yang membawa muatan makanan, air bersih dan barang keperluan lain dipunggah di Palu, Pulau Sulawesi, di mana sekurangku­rangnya 1,649 orang maut apabila gempa bumi kuat dan tsunami meratakan beberapa bahagian di wilayah tersebut.

Penjarah menggeleda­h kedai selepas bencana berlaku lebih seminggu lalu, apabila makanan dan air kehabisan dan konvoi yang membawa bantuan untuk menyelamat­kan nyawa lambat tiba.

Namun bantuan antarabang­sa yang perlahan ke Palu dan usaha tempatan untuk membantu mangsa selamat telah dipercepat­kan sejak beberapa hari lalu.

Lebih 82,000 anggota tentera dan awam, selain sukarelawa­n, telah pergi bandar yang musnah itu manakala helikopter tentera Indonesia menjalanka­n misi untuk menghantar bekalan ke tempat terpencil di wilayah berkenaan yang disekat sebelum ini bencana itu.

“Mereka amat memerlukan kerana jalan terputus dan ia hanya dapat diakses dari udara,” kata Leftenan Kedua Reinaldo Apri kepada AFP selepas dia menerbangk­an helikopter ke daerah Lindu, kira-kira 40 kilometer ke selatan Palu.

Bertan-tan sumbangan dari Australia dan Amerika Syarikat sampai di Palu pada pagi semalam di atas pesawat tentera Hercules.

wanita menunggu berhampira­n beg mayat mengandung­i mayat mangsa bencana minggu lepas di kawasan kejiranan Balaroa di Palu, Sulawesi Tengah, semalam. — Gambar Reuters

Sebuah pesawat yang ditempah oleh kumpulan ‘Save the Children’ juga dijangka akan mendarat di bandar tepi pantai itu dengan tempat perlindung­an kecemasan dan alat penulenan air, bersama sebuah lagi pesawat yang membawa sebuah pasukan perubatan dari Afrika Selatan.

Pasukan pekerja Palang Merah Indonesia mendirikan gudang dan bergerak untuk membahagik­an bekalan di wilayah berkenaan, di mana bencana berkembar itu menjadikan seluruh kawasan kejiranan umpama padang jarak padang tekukur.

Namun pekerja bantuan berdepan dengan tugasan yang amat berat.

Membawa bekalan penting ke kawasan terjejas ternyata amat mencabar, dengan hanya beberapa penerbanga­n sahaja yang dapat mendarat di lapangan terbang kecil di Palu, yang memaksa pekerja bantuan untuk melakukan perjalanan darat yang meletihkan.

Puluhan ribu yang kehilangan tempat tinggal dalam bencana itu tinggal bertaburan di dalam dan luar Palu, kebanyakan­nya tinggal di luar rumah mereka yang musnah atau di kem sementara dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan untuk meneruskan kehidupan.

Di pasar utama Palu, ratu- san orang menunggu dalam barisan untuk mendapatka­n barang makanan asas yang dibahagika­n oleh askar.

“Tidak ada tempat lain untuk mendapatka­n makanan, tidak ada tempat dibuka,” kata Sela Fauziah, 18, ketika dia berbaris untuk mendapatka­n barang bantuan.

Manakala bantuan perlahan-lahan tiba di wilayah terbabit, mangsa selamat yang keletihan menuju ke arah bertentang­an.

Ribuan sudah meninggalk­an Palu untuk pergi ke bandar berdekatan, kebanyakan­nya menunggu selama berhari-hari untuk menaiki pesawat tentera. — AFP

 ??  ?? BEBERAPA
BEBERAPA
 ??  ?? GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukka­n akibat pencairan tanah di Petobo, Palu semalam susulan gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu. — Gambar AFP
GAMBAR yang dirakam dari udara menunjukka­n akibat pencairan tanah di Petobo, Palu semalam susulan gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia