Utusan Borneo (Sabah)

Pasar ikan Tokyo Tsukiji pindah ke tapak baharu

-

TOKYO: Ratusan penjual ikan bangun sebelum subuh dan menaiki forklift dan trak di Tokyo untuk menyertai pergerakan penjaja secara besar-besaran apabila pasar Tsukiji yang terkenal di seluruh dunia berpindah ke tapak baharu.

Dalam kenderaan kecil dan ‘trak turet’ yang masyhur di pasar itu, ‘katil’ rata untuk satu orang dengan ruang stereng berbentuk tong besar di depan, mereka memandu keluar dari tapak Tsukiji buat kali terakhir, menuju ke Toyosu, lokasi baharu bagi pasar tersebut.

Jambatan utama untuk keluar dari pasar itu ditutup kepada lalu lintas bagi pemindahan itu, dan pengawal keselamata­n menjalanka­n tugas untuk memastikan keadaan berjalan lancar ketika pemborong memandu dengan teratur di antara kon keselamata­n yang dipasang dengan lampu merah dan hijau.

Ratusan daripada 900 perniagaan yang dahulu mengendali­kan 480 jenis makanan laut bernilai AS$14 juta (RM56 juta) sehari, selain 270 jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, akan berpindah.

Sebanyak 2,600 trak turet dan trak angkat susun memandu sejauh 2.3 kilometer dari Tsukiji ke tapak baharu dalam tempoh lima hari, menurut kerajaan metropolit­an Tokyo.

Pemindahan itu bermula sehari selepas lelongan tuna terakhir di pasar tersebut, satu kelaziman sebelum subuh bagi dunia makanan di Tokyo yang juga pernah menarik ramai pelancong yang berharap untuk mendapatka­n satu tempat daripada hanya 120 tempat untuk menyaksika­n keriuhan itu.

Pemindahan pasar berusia 83 tahun itu sudah dirancang selama berdekadde­kad, didorong oleh keadaannya yang tak terpelihar­a tetapi ia ternyata proses yang lama dan menimbulka­n kontrovers­i, dihambat oleh perbalahan mengenai pencemaran dan kelewatan pembinaan.

Penemuan pencemaran tanah di Toyosu, dahulunya lokasi sebuah loji gas, mencetuska­n kebimbanga­n mengenai keselamata­n di tapak baharu dan memaksa pihak berkuasa tempatan untuk membelanja­kan jutaan dolar bagi membersihk­an kawasan tersebut.

Selepas pakar mengisytih­arkan Toyosu selamat, gabenor Tokyo membuat keputusan muktamad untuk memindahka­n pasar itu ke sana pada hujung 2017, sekali gus menamatkan penangguha­n selama bertahun-tahun.

Namun sementara tapak baharu menjanjika­n sistem penyejukan moden dan menjauhkan pelancong daripada perniagaan di pasar itu dalam sebuah galeri di belakang kaca, pemindahan itu masih meninggalk­an rasa pahit bagi segelintir orang. — AFP

 ??  ?? SEORANG lelaki menyorong troli di hadapan bangunan pasar ikan Toyosu di Tokyo, semalam. — Gambar Reuters
SEORANG lelaki menyorong troli di hadapan bangunan pasar ikan Toyosu di Tokyo, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia