Utusan Borneo (Sabah)

Ribuan di seluruh Eropah sokong Aquarius

Rapat umum diadakan di bandar-bandar utama demi kempen SOS Mediterran­ee

-

PARIS: Ribuan manusia menyertai rapat umum kelmarin di Eropah untuk menunjukka­n sokongan bagi kapal penyelamat pendatang Aquarius, yang tersekat di pelabuhan bandar raya Marseille di Perancis selepas Panama menarik balik benderanya.

Puluhan demonstras­i diadakan di Perancis termasuk di Paris, selain di Brussels, Berlin, Madrid dan Palermo.

Ramai menggunaka­n pakaian berwarna oren yang sama dengan warna kapal tersebut dan melaung untuk ‘bendera bagi Aquarius’ sambil mengecam kerajaan dalam Kesatuan Eropah (EU) yang dianggap melakukan jenayah kerana tidak bertindak untuk menyelesai­kan kebuntuan itu.

Marseille, bandar raya asal badan bukan kerajaan (NGO) SOS Mediterran­ee, yang mengusahak­an kapal itu bersama kumpulan Doktor Tanpa Sempadan (MSF), menyaksika­n sokongan terbesar.

Penganjur berkata 10,000 orang mengambil bahagian dalam demonstras­i tersebut tetapi polis pula menganggar­kan hampir 3,500.

Rapat umum sama di Paris hanya menarik sekitar 10,000 orang, menurut penganjur, manakala polis pula menganggar­kan satu persepuluh daripada jumlah tersebut.

“Matlamat kita adalah untuk merayu kepada warga negara dan menunjukka­n SOS Mediterran­ee mendapat kesahihann­ya daripada masyarakat madani,” kata jurucakap NGO itu Sophie Rahal di Paris.

Panama pada bulan lepas menarik balik bendera kapal itu atas permintaan kerajaan haluan kanan yang anti-institusi di Itali, yang bermakna kapal Aquarius tidak dapat belayar secara sah.

Pengusaha kapal itu berkata ia sudah menyelamat­kan kirakira 29,500 pendatang setakat ini dan presiden SOS Mediterran­ee, Francis Vallat, berkata “situasi semakin genting berbanding selama ini”.

Vallat berkata walaupun jumlah pendatang sudah menurun “kita beralih daripada satu kematian bagi setiap 42 pendatang (di laut) pada tahun lepas kepada satu dalam 18 pendatang” pada musim panas ini.

Di perhimpuna­n Marseille, juara haluan kiri di Perancis yang juga penggubal undangunda­ng tempatan dan ketua La France Insoumise JeanLuc Melenchon menegaskan “Aquarius mesti ada bendera, dan bendera Perancis”.

Sementara itu kira-kira 100 orang tidak mempedulik­an larangan tunjuk perasaan dan berhimpun di pelabuhan utara Calais di mana pihak berkuasa pada hujung 2016 menutup kem pelarian Jungle yang pada kemuncakny­a menjadi tempat tinggal bagi kira-kira10,000 pendatang.

Imigresen masih menjadi isu panas dalam EU ekoran krisis migrasi pada 2015.

Perbezaan pendapat yang mendalam wujud di kalangan negara anggota mengenai cara untuk menangani kemasukan terbesar pendatang ke benua itu sejak Perang Dunia II.

Negara barisan hadapan Itali telah mengawal ketat pencari suaka di bawah Menteri Dalam Negeri berhaluan kanan Matteo Salvini.

Kelmarin menyaksika­n penunjuk perasaan berhimpun di Riace, perkampung­an kecil di selatan Itali yang menerima pujian kerana integrasi pendatang, untuk menuntut pembebasan datuk bandar berhaluan kiri mereka.

Domenico Lucano diletakkan di bawah tahanan rumah Selasa lepas kerana disyaki mengatur ‘perkahwina­n untuk kesenangan’ bagi pendatang dan kerana didakwa melangkaui proses tender ketika menganuger­ahkan kontrak pengurusan sampah kepada koperasi yang ada hubungan dengan pendatang.

Lucano, yang memegang jawatan sejak 2004, menjadi bahan berita utama di seluruh dunia kerana menerima pendatang ke perkampung­an berkenaan yang tidak ada ramai penduduk di Calabria dalam usaha untuk merangsang pekerjaan dan pembanguna­n.

“Sentiasa tabah, terus berjuang,” laung penyokongn­ya kelmarin ketika mereka berhimpun di luar tingkapnya di mana dia muncul sambil mengangkat buku lima sebagai tanda sokongan. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai berhimpun menyatakan sokongan terhadap protes yang diseru SOS Mediterran­ee di Marseille, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters
ORANG ramai berhimpun menyatakan sokongan terhadap protes yang diseru SOS Mediterran­ee di Marseille, Perancis kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia