Utusan Borneo (Sabah)

Pelanggara­n lori tangki minyak cetus kebakaran, puluhan maut

-

KINSHASA: Puluhan maut dan 100 lagi mengalami kelecuran serius kelmarin selepas sebuah lori tangki minyak berlanggar dengan sebuah kenderaan di sebatang lebuh raya utama di barat Republik Demokratik Congo (DRC).

Kemalangan itu berlaku di jalan yang menghubung­kan ibu negara Kinshasa dengan pelabuhan tunggal negara di Matadi di pinggir Lautan Atlantik.

“Kami sudah mengira 53 mayat yang rentung,” kata Florian, saksi yang bercakap di lokasi bencana di perkampung­an Mbuba, kira-kira 120 kilometer ke barat Kinshasa.

Tujuh lagi dengan kecederaan kelecuran teruk meninggal dunia di hospital Saint-Luc di Kisantu, sebuah bandar berdekatan, katanya.

Gabenor sementara wilayah Kongo Tengah Atou Matabuana berkata awal kelmarin, kira-kira 50 terkorban dan 100 mengalami kelecuran darjah kedua.

Menteri kesihatan memberi jumlah kematian lebih rendah lewat kelmarin dengan menyatakan sekitar 20 maut di tempat kejadian, manakala empat disahkan mati ketika tiba di hospital.

Seorang doktor di hospital Saint-Luc memberitah­u, mereka menerima ramai pesakit yang kebanyakan­nya mengalami kelecuran darjah kedua.

“Kami cuba membantu mereka, kami cuba menghidrat­kan mereka semula tetapi malangnya ada yang meninggal dunia,” kata Dr Tresor.

“Dua klinik bergerak sedang memindahka­n mangsa cedera,” ujarnya.

Radio Okapi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, api merebak dengan cepat dan menjilat rumah berdekatan.

Seorang lagi saksi di perkampung­an berkenaan Blaise Matumona berkata, kemalangan itu berlaku awal kelmarin dan ramai maut di pasar.

Pemangku gabenor Matabuana berkata: “Kita sudah mengambil langkah untuk menguruska­n semua mangsa.”

Namun gambar dalam media sosial menunjukka­n mangsa cedera diangkut dengan motosikal dan kereta persendiri­an.

Seorang saksi mendakwa tidak melihat ambulans di tempat kejadian.

“Tidak ada ambulans dan tidak ada hospital yang layak di Kisantu.

“Mencegah bencana seperti ini, janganlah sekadar bercakap mengenainy­a,” kata pergerakan prodemokra­si Lucha (Perjuangan Untuk Perubahan) dalam satu tweet.

Misi PBB di DRC, dikenali dengan akronim MONUSCO dalam bahasa Perancis berkata, ia telah menghantar sembilan ambulans ke lokasi kejadian untuk memindahka­n mangsa cedera.

Trak yang membawa muatan berlebihan dan lori tangki minyak kerap menggunaka­n lebuh raya tersebut. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia