Utusan Borneo (Sabah)

Tujuh maut dalam letupan di Burkina Faso

-

OUAGADOUGO­U: Enam anggota polis maut dalam satu serangan hendap dengan sebuah alat letupan buatan sendiri di utara Burkina Faso, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamata­n terkorban dalam satu letupan di timur negara, kata sumber keselamata­n kelmarin.

Serangan pertama berlaku lewat Jumaat lepas ke atas konvoi polis di bandar Solle dekat sempadan dengan Mali.

“Kenderaan yang mendahului melanggar bom periuk api dan enam maut,” kata satu sumber, yang menambah konvoi itu kemudian diserang hingga mencederak­an beberapa anggota lain.

Sumber keselamata­n lain berkata, sekurang-kurangnya enam anggota polis terkorban dalam serangan Jumaat lepas, dan menambah usaha mencari penyerang sedang dijalankan di kawasan kejadian.

Dalam kejadian berasingan, seorang anggota pasukan keselamata­n Burkina Faso terbunuh lewat kelmarin manakala seorang lagi cedera apabila sebuah alat yang sama meletup di bandar timur Pama, menurut sumber keselamata­n.

Penduduk tempatan berkata, serangan udara sedang dijalankan di hutan sekitar Pama yang dikenali di wilayah itu sebagai tempat perlindung­an bagi pelampau dan perompak.

Negara Afrika itu kerap menyaksika­n serangan pelampau sejak awal 2015 terutamany­a di utara dan timur negara.

Menurut kiraan rasmi yang diterbitka­n pada bulan lepas, serangan sedemikian sudah mengorbank­an 118 orang setakat ini, 70 daripadany­a orang awam.

Pada Khamis lepas, enam askar turut terkorban di timur negara dalam keadaan yang sama.

Pada minggu lepas pembangkan­g mengadakan demonstras­i di ibu negara Ouagadougo­u untuk menunjukka­n rasa tidak puas hati dengan kegagalan kerajaan untuk membendung serangan yang semakin kerap berlaku. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia